Sunday, December 25, 2011

menari je keje KO!!!!!!

Olla olli guys,assalamualaikum…………

Apa khabar? Hopefully semuanye sihat belake. Kepada kawan kawan ipta seluruh Malaysia kc nk ucapkan selamat menduduki peperiksaan akhir semester. All da best bg dapat dean okeh! Ok ok kepada stdnt stdnt skolah pulak. Ingt! Back to school. Dah buat persiapan? Cikgu ucapkan selamat maju jaya dan all da best masuk sesi persekolahan yang baharu. Okey ni nak kongsi cerita dan pengalaman. Waaaahh mcam penglipurlara la pulak. Ok ok xde mende sbnarnye, ooooooo nak cerita last minute kc join citrawarna prgkt negeri perak yang d ada kan d tg malim,perak. Show ini sbnrnye anjuran majlis daerah tg malim. Actually kc ke tg malim tgk show kemuncak seni, lepas tak taulaa pulak ada show ke esok kan harinye, kebetulan show tu diorg request nk tari nusantara. Kebetulan kc ada laa skit skit belajar zapin nih. So pe lagi naki n miji ajak kc join. Kc ckp KC OK ajer! Dah lama seyyy tak menari so kc pun TErjoinlah. Hah! Pro memang pro lah. Jam 4ptg masuk studio dgr lagu hafal step n polish step. 630pm dah mula make up touch up n blab la…kul 730pm dah gerak ke tmpt show. Huh!!! Beberapa jam sajorkkkkkkkk kc pektis. Huh! Gilah aahdinddong. Yg penting masa show sgt enjoysJ


pektis jgn tak pektis..beberapa jam sajorkkkkkkkkkkkkkk kc pektis

peloh peloh..lama tak berdansa....best wooo.....nnti ada show caling calling kc lagi yerk

ready for my turn nk make up..makeup ditaja oleh: simply ct
jurumakeup: yot n feles

tadaaa da siap make up!

show!!!!!!!!!!!!!!!!!



kc..arixx..momo..dance..aten..nakiss.
first time menari dgn MOMO

bersama penari borneo..nice to meet u guys!!!
keep in touch

festival zapin MAKUM
venue: UPM,serdang



tahniah kepada team zapin pekajang UPSI
proud of u!!!
ANUGERAH KHAS JURI
teruskanlah legasi zapin UPSI
...............................................................


Wednesday, December 21, 2011

AIZAT FARHAN DAPAT 8A!!!

Gila ah dingdong dia dapat 8A!!! sampai sampai skolah terus dia terkam pelok.dia? hah my lil bro laaa AIZAT FARHAN merangkap studnt smk putrajaya p11(2). Dia dapat 8A. Alhamdulillah bangga sama kamooooooo! Tahniah tahniah. Dan congrte kepada semua yang dapat result cemerlang. Turut dapat straight A, Faqehah, Presant n Hidayah. Yang lain syazmeer, aliff, amsyar, ikhwan, nisa, syafiqah, atikah, ainal dan semua laaaa yg dpt result the bomb. Soieee td cg sampai lewat skit then xramai dapat jumpa n wish congrate!! So kat sini cikgu dgn bangganye nk ucap TAHNIAH!!! Dan tahniah juga SMK PUTRAJAYA P11(2) berada d ranking ke 3 peringkat PUtrajaya. Cikgu cikgu juga tahniah!!



celebrate kat old town with him, meer n zaid
congrate bro!!!

Tuesday, December 20, 2011

KEMUNCAK SENI 2011

bangga sama kamooo semua yg terlibat menjayakan kemuncak seni 2011
AVENTURA MUSICA
kc bagi 5star!!!!




momo!! penari hebat
tahniah kepada nakey pelajar ijazh srjana muda pend muzik yang di nilai,org kuat menjayakan konsert kemuncak seni ini. sgt kreatif dan versatile. dia pereka busana dan tatarias!! pemain flute yg bagus. boley menyanyi dan menari. pernah bergelar pengarah teater terbaek, JULIA. all da best for ur next stage!! proud of u

igie hendro! serba boleh.menyanyi menari berlakon. bangga sama kamo. bekas pelajar aswara

new comer,pelajar sem 1 diploma muzik. teruskan perjuangan seni persembahan upsi!! gudluck


keseluruhan konsert kemuncak seni kc berpuas hati. dan terima kasih kepada nakey sbb bagi VVIP seat. we r seated 1st row in front. untonglaaaaaaaaakan.
epy jugak sebb menonton bersama BFF arixx,feles, n yot
we r spend time for this show!! terbaekkkkkkkkkk

Thursday, December 15, 2011

tak dengki xboley ka???

salam jumaat semua

Hasad dengki adalah satu sifat mazmumah yang dibenci oleh Allah S.W.T. Sesiapa yang ada sifat ini sebenarnya ia tidak meredai ketentuan Allah S.W.T yang telah dikurniakan sesuatu kelebihan atau nikmat kepada seseorang dikalangan hamba-hamba-Nya.

Terdapat tiga ciri sekiranya ada pada diri seseorang ia mempunyai penyakit hasad dengki.

1. Iaitu menginginkan nikmat yang diperolehi oleh orang lain hilang atau berpindah kepadanya.

2. Seseorang yang bersifat dengki tidak ingin melihat orang lain mendapat nikmat atau tidak ingin melihat orang lain menyerupai atau lebih daripadanya dalam sesuatu perkara yang baik. Orang yang bersifat demikian seolah-olah membangkang kepada Allah subhanahu wata‘ala kerana mengurniakan sesuatu nikmat kepada orang lain.

3. Orang yang berperangai seperti itu juga sentiasa dalam keadaan berdukacita dan iri hati kepada orang lain yang akhirnya menimbulkan fitnah dan hasutan yang membawa kepada bencana dan kerosakan.

Di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali ada disimpulkan tujuh faktor yang menimbulkan perasaan hasad dengki tersebut.

Antara lain :-

1) Perasaan Permusuhan dan Kebencian

2) Merasa Diri Mulia

3) Takabbur

4) Ujub

5) Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan

6) Ghairah Menjadi Ketua dan Mencari Populariti

7) Busuk Hati.


Pertama : Perasaan Permusuhan dan Kebencian

Ini adalah sebab yang paling banyak menimbulkan kedengkian. Kerana sesiapa yang disakiti oleh seseorang lain atas sebab-sebab tertentu atau menyangkalnya dalam tujuan-tujuan tertentu lantaran alasan-alasan tertentu, hatinya pasti marah lalu membenci orang yang menyakitinya itu, maka tertanamlah bibit dengki dalam dirinya. Dengki mengundang perlakuan yang agresif untuk memuaskan hatinya.

Pendekkata perasaan hasad dengki sentiasa bergandingan dengan perasaan marah dan permusuhan. Semua manusia pada dasarnya memiliki sifat marah, kerana marah adalah salah satu tabiat manusia. maka agama tidak melarang marah, tetapi kita diperintahkan untuk dapat mengendalikan marah dan senantiasa menjadi pema’af.

Fiirman Allah s.w.t yang bermaksud : “Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh”

(Surah Al-A’raaf ayat 199)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : ”Orang yang terkuat di kalangan kamu semua ialah orang yang dapat mengalahkan hawa nafsunya di ketika dia marah dan orang yang tersabar ialah orang yang suka memberikan pengampunan di saat dia berkuasa memberikan balasan (kejahatan orang yang menyakitinya)”

(Hadis Riwayat Baihaqi)

Kedua : Merasa Diri Mulia

Perasaan ini manifestasinya ialah seseorang itu merasa keberatan kalau ada sesiapa yang dianggapnya mengatasi dirinya. Dia tidak rela kalau ada orang lain melebihinya. Kalau ada orang –orang sepertinya yang mendapat lebih pangkat, kuasa, ilmu dan harta, dia bimbang kalau-kalau orang tersebut akan bersikap sombong terhadapnya. Dia tidak boleh tahan dengan sikap mengatasi yang ditunjukkan oleh saingannya itu. Malah dia tidak boleh menerima apa yang dirasakannya sebagai sikap mengatasinya.

Ketiga : Takabbur

Jelasnya seorang itu mempunyai watak membesarkan diri terhadap orang lain, selalu memperkecilkan dan mempergunakan seseorang untuk kepentingan dirinya. Ia menganggarkan seseorang itu mematuhinya. Apabila orang berkenaan menerima atau memperolehi sesuatu kurnia ia khuatir kalau-kalau orang itu tidak lagi merelakan diri untuk mengikut arahannya. Akhirnya orang yang telah mendapat kurnia tersebut akan enggan mengikutinya, atau boleh jadi ia menganggap orang tersebut akan cuba pula menyainginya.

Allah S.W.T. berfirman (di dalam Hadis Qudsi) : “Kesombongan adalah selendangKu dan kebesaran adalah sarungKu. Maka barang siapa menyamai-Ku salah satu dari keduanya, maka pasti Kulemparkan ia ke dalam Jahannam dan tidak akan Kupedulikan lagi.”

Apabila kita meneliti maksud hadis ini, ia dengan jelas menyatakan bahawa kesombongan dan kebesaran itu hanya milik Allah s.w.t. semata-mata, tetapi bagaimanakah perasaan ini masih boleh timbul di dalam hati manusia?

Sebenarnya, perasaan sombong atau takabbur boleh berlaku apabila timbulnya suatu pandangan terhadap orang lain dengan pandangan yang kecil dan hina.

Keempat : Ujub (bangga diri)

Terdapat tiga ciri-ciri ujub iaitu :

a. Iaitu merasai atau menyangkakan dirinya lebih sempurna.

b. Orang yang bersifat ‘ujub adalah orang yang timbul di dalam hatinya sangkaan bahawa dia adalah seorang yang lebih sempurna dari segi pelajarannya, amalannya, kekayaannya atau sebagainya dan ia menyangka bahawa orang lain tidak berupaya melakukan sebagaimana yang dia lakukan.

c. Dengan itu, maka timbullah perasaan menghina dan memperkecil-kecilkan orang lain dan lupa bahawa tiap-tiap sesuatu itu ada kelebihannya.

Pernah Allah Subhanahu Wata’ala jelaskan kepada kita perihal umat-umat di zaman silam. Mereka merasa takjub dengan diri mereka sendiri. Hal ini menghalang mereka menurut kebenaran. Hujjah mereka selalunya ialah seperti yang tertera di dalam Al-Quran :-

“Bukankah kamu tak lebih dari manusia(biasa) seperti kami juga?”

Dan ungkapan yang berbunyi: “Dan mereka berkata adakah wajar kami mempercayai manusia yang seperti kami juga?”

Golongan tersebut merasa aneh melihat orang yang berjaya mendapat pangkat kerasulan, menerima wahyu dan martabat yang dekat di sisi Allah Subhanuahu Wata’ala ialah manusia seperti mereka. Sebab itu mereka menaruh rasa dengki kepada Rasul-Rasul tersebut.

Kelima : Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan

Biasanya perasaan ini wujud dalam kalangan orang yang saling berlumba-lumba merebut sesuatu habuan. Tiap orang akan merasa dengki kepada saingannya apabila saingannya mendapat suatu kelebihan yang boleh membantu dirinya sahaja membolot habuan yang menjadi tujuan mereka tadi.

Keenam : Ghairah Menjadi Ketua dan Mencari Populariti

Umpamanya seseorang yang bercita-cita untuk menjadi manusia pertama yang tidak ada tolok bandingnya dalam salah satu cabang seni. Apabila keghairahan terhadap pujian dan jolokan – bahawa dialah satu-satunya pakar yang tidak ada taranya di zaman itu – telah menguasai dirinya, tiba-tiba dia mendengar ada orang lain yang dapat menandinginya di tempat lain. Hal ini nescaya akan menyusahkan hati perutnya. Ia bercita-cita kalau tandinganya itu mati sahaja atau kemahirannya menurun dan pupus.

Ketujuh : Busuk Hati

Keadaan ini kalau ada pada seseorang maka ia akan bersikap tidak suka sesuatu kebaikan diperolehi oleh hamba Allah yang lain. Apabila disebutkan dihadapannya tentang kesenangan mana-mana hamba Allah, sempit hatinya mendengar perihal tersebut. Akan tetapi apabila dinyatakan pula sebaliknya, umpama tentang kesusahan, kegagalan dan nasib malang menimpa orang lain maka ia merasa gembira dan suka hati.

Marilah sama-sama kita buangkan sifat hasad dengki ini samaada di dalam hati atau di dalam tindakkan dan amalan kita. Sifat yang keji ini bukan saja mendapat kebencian manusia tetapi yang paling penting sifat ini di benci oleh Allah S.W.T. Hidup di dunia ini adalah sementara dan kehidupan di hari akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi maka tinggalkanlah sifat hasad dengki ini kerana sesiapa yang menuruti sifat ini dia sedang mengikut hawa nafsunya dan mengikut bisikan syaiatan dan akan mendapat azab seksaan dihari akhirat nanti


gambar gambar diatas adalah hiasan semata mata.mylove bff anwar n yahya

edited pic by: feles aka anwar

miss u guys..xsabar nk jumpa sabtu ini

we will rock at tm k!!


Wednesday, December 14, 2011

epy brthday BOss Azadan

Assalamualaikum…..pekabar??harap sihat semua nya.huh!!! sengkak, tau dak sengkak tu ape?sengkak tu kira terlalu kenyang. Kenyang? Yes kenyang, lpas makan terus update nih. Makan lagi kan..hehe rezeqie! Alhamdulillah. Ok ni celebrate birthday Boss saya. Nak tau sapa my Boss?? Okeh okeh artis nasyid fofular selama 10tahun berturut turut tuh..RABBANi laaaa sapa lagi. Ok hr ni birthday mr.Azadan abd aziz. Dialaaa boss saya kat café nih.

Mee hoon goreng Singapore..wawaaweyyyyyyyyyyyy

Ayam goreng rempah,malatoops!!

Cake from tastebuds crew

tiramisu from his friends

Semoga diberkati.amin

So td kami wat surprised kat azadan kami ckp ada booking kat vip room. So I siapkan baverange iaitu fruitpunch . aper tuh? Hah air tu resipinye mudah sajorrrkkk: masukan sirap ros, sunquick, air gula, apple hijau dipotong dadu, orange dipotong nipis, laici buah, dan ais. Itulah resipinyaJ salin yer kawan kwan.slmat mencuba. Hehe

Ok kwn I jamal siapkan mee hoon goreng Singapore n ayam masak rempah! Sodap n meneyelerakan. So kami set up laa bilik vip mcm besa ada tempahan makan. Pastu kami tutup lampu. So wt cm besa. Dtg bos kami ajak masuk then…suprisedddddddddddddddd!!! Epy birthday Boss!! Haha surprised x??

So sempena hari lahir yg mulia ini, saya slaku assistant boss mengucapkan

selamat hari lahir

semoga pnjng umur dan murah rezeqie.

Semoga Berjaya dunia akhirat.

semoga business bertambah maju.

semoga industry NASyid berkekakalan ke akhirnya, hidup RABBANI!!

amin.semoga kita semua diberkati

ilmu..iman..amal


KEDAH STEM FAIR 2023