Singgah makan malam kat warung ni.special food kat sini mee udang banjir n nasi korek-korek.yummmy so nice n sodap..harga ok besa2jer
Menurut pengayuh sampan perahu yang kami naiki, kawasan ini diusahakan oleh Majlis Daerah Kuala Selangor dengan TNB sebagai bapa angkat. Untuk melihat klip-klip, kena datang waktu malam mulai maghrib sehingga 11.00 malam. Lepas tu naik sampan bot dengan tiket RM 10 seorang. Pembahagian kutipan dengan MDKS ialah 60% MDKS dan 40% pengusaha bot.
Safety 1stt..life jacket..sbb jap lagi kena naik smpan tuk crusing tgk kelip kelip
Sapa ni???hehe ni laa kwn br jumpa kat kelip kelip tu.we share a sampan ngn fmly dia.sbb untuk tgk kelip kelip kena sewa sbuah sampan.so we r share laa ngn mamat iran ni.
Dikatakan spesis ini tidak terdapat di mana-mana lagi di dunia ini. Tapi ada juga yang kata ada di Brazil. Entahlah .Spesies ini hidup di kawasan pokok berembang sebagai sumber makanannya yang banyak terdapat di kawasan tepi sungai itu. Apa yang unik pada spesis ini adalah kerlipan cahaya yang dikeluarkan dari ekornya. Kata pengayuh sampan tu, kerlipan cahaya yang dikeluarkan oleh serangga ini adalah serentak pada setiap masa iaitu pada kadar 3 kerlipan sesaat. Dalam ribuan Kelip-kelip ini cahayanya bagaikan satu rentak yang bercahaya. Kelip-kelip berukuran cuma 6mm panjang. Kelip-kelip jantan mengeluarkan cahaya yang lebih terang berbanding yang betina untuk tujuan menarik perhatian Kelip-kelip betina. Jangka hayat Kelip-kelip ialah selama 2 hingga 3 bulan. Best juga berpeluang main-main dengan kelip-kelip tu bila pengayuh sampai berhenti dekat pokok berembang. Memang amazing n subhanallah.mula mula ingtkan LED mcm d ICty tp selepas pakcik yg bw smpan tu parking tepi pokok-pokok tu masyaallah,hebatnya kuasa ALLAh. Memang real kelip kelip tu ngn cahayanya.NICE n awesome!!