DEBAK FESTIVAL 2018
Alhamdulillah SANGGAR SENI SMK Beladin dijemput untuk membuat persembahan pembukaan smpena Malam Penangguhan DebakFest 2018. selain persembahan pembukaan Sanggar seni turut mempersembahkan tarian tarian lain bersama penyanyi di bawah team Mega Tech
DEBAK: Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Saribas Mohammad Razi Sitam menyasarkan 30,000 pengunjung dalam
dan luar bakal membanjiri Pekan Debak sempena penganjuran Debak Fest 2018
bertemakan ‘Rami Meno Kito’ yang berlangsung di Riveria Sport Centre (RSC) dari
2 hingga 11 November depan.
Katanya,
dengan pelbagai program dan aktiviti menarik yang disusun atur sepanjang 10
hari itu kelak bermula Jumaat ini, sasaran itu diyakini mampu dicapai berdasarkan beberapa siri
Debak Fest terdahulu.
Menurutnya lagi, dijangka
mencuri tumpuan ialah pentas hiburan yang menampilkan artis terkenal tanah air
dan tempatan seperti Bandi Amuk, Shidi Data, Zaleha Hamid, Tegar (Indonesia),
Harry Khalifah, Fiza, Connie Francis, Lucy M, Linda dan Ricky El.
Selain
itu, program-program lain yang tidak kurang hebatnya seperti Saribas MTB XC
Challenge Edisi Kelima, kejohanan liga sepak takraw terbuka Saribas, jualan
hasil perdagangan/pertanian, pameran dan demonstrasi Polis Diraja Malaysia
(PDRM), karaoke suara emas Saribas, Debak Idol, pekit lagu Iban Saribas,
pertandingan bertandak dan bermukun, pertandingan tarik tali Piala Ketua
Menteri, Debak Kitchen, pertandingan memancing dan memanah serta banyak lagi.
“Debak Fest sebagai acara tahunan terbesar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas berkonsepkan showcase keusahawanan dan kebudayaan.
“Ia bertujuan meningkatkan penglibatkan dalam bidang keusahawanan khususnya oleh belia serta mempromosikan produk tempatan. Sementara aktiviti kebudayaan pula mempersembahkan bakat seni anak Sarawak.