Saturday, June 11, 2011

XVENTURE TEAM 11(2)


Awal pagi 5am dah kumpul depan sekolah. Trip to taman negara,Pahang. Cikgu 7org anak murid 13lelaki 13 perempuan. Kami bertolak around 630pg selepas solat subuh kat skolah.alhmdulillah slamat smpai 11am slps 45minutes breakfast at genting sempah.


Welcome to teresek view motel. Not bad ada aircornd, water heater, bilik selesa for 2person.

Check in time

Waiting for lunch.makanan sedap sepanjang 3hari!!!!





Xtvt bermula RAPID SHOOTING n VISIT ORG ASLI VILLAGE..Skill menyumpit oleh cikgu kc. Info: mengikut adat org asli siapa yg boleh menyumpit, dia dah kira boleh berkahwin.Kampung boy. Skill bergayut then terjun. Mandi sungai Pahang ni. Best wooooooo lama dah tak mndi sungai.

Anak anak murid ni. Boatman terkjut saya CIKGU. Nak tahu rahsia??? Minumla innershine:~


Bersama org asli.ensom sehhhh

Sebelah malam we r join NIGHT WALK JUNGLE TRECKING


Hari kedua TERESEK HILL……….JUNGLE TRECKING…….


PUNCAK TERESEK HILLJ~


Sebelah petang hari kedua we r adventure to CANOPY WALKWAY N LUBOK SIMPON mandi manda



LUBOK SIMPON view

keindahan alam semulajadi
cintailah sungai kita

jalan jalan cuci mata. suka ini pic
tq akmal as cmraman
jom cuci mata ramai-ramai
penjual jagung tidak percaya saya cikgu:)

jagung je mmpu cikgu belnja:) hehe nnti dh keje betul-betul cikgu belanja pizza pulak okies:)

Last nite. BBQ yuhuuu

bakor jeeerr
malam last bbq. makan smpai lobam

Ondaway balik, kitrg stop tuk avtiviti terakhir iaitu g tgk gajah.jom jom sma-sma tgk

gajah mandi..korg dah mandi lom??

sebelum balik kitarng singgah sini

Its was great n awesome trip.semoga ketemu lagi.jauh perjalanan luas pemandangan.pengalaman mengajar erti hidup.tq cikgu n anak anak smk putrjya present 11(2) ats kerjasama anda!!! Nnti ada trip ajak cikgu kc lagi noh…..

6-7-8june 2011|taman negara|xventure team11(2)

Thursday, June 9, 2011

VARSITI

Personaliti: Bakal pendidik
Oleh Mohd Azrone Sarabatin
azrone@bharian.com.my
2011/02/10

CITA-CITANYA untuk menjadi guru hampir gagal dicapai apabila gagal melanjutkan pengajian dalam bidang pendidikan di institusi pengajian tinggi (IPT) selepas menamatkan pengajian peringkat diploma di Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 2004.

Ini menyebabkan Muhammad Husni Abu Hassan, 28, memilih kerjaya sementara sebagai pegawai perkhidmatan pelanggan syarikat Penerbangan Malaysia(MAS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan diikuti syarikat pengangkutan kelas pertama, Transtar Travel Express Bus (TRANSTAR) di Kuala Lumpur.

Biarpun sudah selesa dengan pekerjaan berkenaan, anak muda kelahiran Baling, Kedah itu tidak pernah melupakan cita-cita sebagai guru yang diimpikannya sejak di bangku sekolah.

Tidak kira awal atau lambat, beliau bertekad akan melanjutkan pengajian dalam bidang pendidikan biarpun terpaksa menjadi pelajar tertua di universiti.

Ketika rakan sekolahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baling dan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sudah menggenggam segulung ijazah pada usia 24 tahun, Muhammad Husni baru memulakan pengajian di UPSI.


Peluang melanjutkan pengajian di universiti pendidikan antara terunggul di Malaysia digunakan sebaiknya oleh anak muda itu untuk mencapai kejayaan, sekali gus merealisasikan cita-cita menjadi guru yang terpendam sejak berusia tujuh tahun.

Tidak hairanlah beliau mencapai keputusan cemerlang dengan purata Nilai Gred Kumulatif(NGK) antara 3.50 hingga 3.75 setiap semester serta mensasarkan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.70.
Muhammad Husni berkata, kerjaya guru sudah sebati dalam jiwanya kerana beliau boleh berkongsi ilmu dan pengetahuan dengan pelajar, sekali gus melahirkan warga muda cemerlang untuk mencapai Wawasan 2010.
Katanya, beliau sudah bersedia ditempatkan di mana saja termasuk di kawasan terpencil di Ulu Tembeling, Jerantut, Pahang; Saliliran, Pensiangan, Sabah dan Bario, Sarawak.
“Demi cita-cita menjadi guru, saya sanggup bertugas di mana saja tidak kira kawasan bandar besar, pekan, luar bandar dan pedalaman yang hanya boleh dihubungi dengan bot atau berjalan kaki sehingga lapan jam di Saliliran, Pensiangan,” katanya.
Beliau yang turut memiliki laman blog yang boleh dilayari menerusi alamat
http://izzidraqiehuznie.blogspot.com berkata pengalaman sebagai pegawai perhubungan pelanggan sebelum belajar di UPSI turut membantunya memantapkan kerjaya guru kerana bersemuka dengan pelanggan pelbagai karenah.

“Biarpun kerjaya ini berbeza namun serba sedikit memberi pengalaman berguna apabila menceburi profesion keguruan kelak. Alhamdulillah cita-cita saya untuk menjadi seorang guru hampir tercapai,” katanya.


Mengenai kursus minornya dalam bidang seni tari, Muhammad Husni berkata beliau mahu menguasai lebih banyak tarian moden dan tradisi yang kemudian diperturunkan kepada pelajar apabila bertugas kelak.

Justeru, sikap tidak mudah putus asa adalah rahsia kecemerlangan dengan tidak menjadikan faktor usia sebagai halangan untuk mencapai cita-cita selepas percubaaan pertama melanjutkan pengajian gagal dicapai seperti dibuktikan Muhammad Husni.

Biodata: MUHAMMAD HUSNI ABU HASSAN

Umur: 28 Tahun
Asal: Baling, Kedah
Cita-cita: Guru
Pengajian:
- Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kemahiran Hidup/Teknikal, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak.
Pengajian Peringkat Diploma:
- Diploma Elektrik dan Elektronik di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam (2001-2004).
Kegiatan Kokurikulum:
- Mewakili UPSI membuat persembahan dan mempelajari tarian etnik Indonesia di Bali, Indonesia.
- Instraktor Kokurikulum Seni Tari UPSI
- Bakti Siswa Perdana di Grik, Perak pada Jun 2010
Pengalaman Kerja:
- Pegawai Perkhidmatan Pelanggan Penerbangan Malaysia (MAS) selama tiga tahun dan syarikat pengangkutan awam kelas pertama, Transtar Travel Express Bus (TRANSTAR) selama setahun.
Anugerah:
- Juara Program Cabaran Penyampai Ikon Za’ba UPSI
- Johan Pertandingan Teh Tarik anjuran Kolej Za’ba sempena Hari Terbuka Kolej Za’ba 2010.
- Johan Pertandingan Gubahan Sayur dan Bunga Hari Terbuka Kolej Ungku Omar UPSI sempena Festival Flora dan Fauna 2010.
- Anugerah Krew Kabin Terbaik TRANSTAR

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MEMBERI SOKONGAN

LOVE U MUMY,ARWAH ABAH,KAKAK,ADIK,n fmlyz,LOVEly friends pogiee,anwar,yot,crah,ayed,pensyarah upsi, batch mate AT31,team REtari 2011,migdansi zaba,jmkz 2010/2011,kc da bomb fans, n to all of u!!!!

love u guys:)~

Friday, June 3, 2011

Anuar Zain Terima Anugerah Daripada Oxford, Tahniah!!!

Anuar Zain Terima Anugerah Daripada Oxford, Tahniah!!

Penyanyi Sedetik Lebih pujaan ramai, Anuar Zain akan menerima anugerah khas daripada Oxford Center For Leadership (OXCEL) pada Majlis Anugerah Oxford sempena pembabitan cemerlangnya dalam bidang muzik selama 28 tahun, pada 6 Jun ini di London.

Anuar Zain ternyata gembira dengan penganugerahan tersebut dan menyifatkannya sebagai pengiktirafan tertinggi yang pernah dia peroleh. Menurut Anuar Zain, pihak OXCEL telah menghantar surat penganugerahan tersebut sejak sebulan lalu dan dia tidak menyangka bahawa ada pihak luar yang mengkaji mengenai kerjaya seninya semenjak kecil hingga sekarang.

Anuar Zain akan berada di kota London bersama pihak pengurusan bagi acara rasmi selama 2 hari yang telah diaturkan oleh pihak berkenaan.

Kini Anuar Zain berdiri sama taraf dengan Yusry KRU yang pernah menerima anugerah daripada pihak OXCEL iaitu Anugerah Kreativiti Muda, 4 tahun lalu


Tahniah buat anuar zain!!! Bangga harumkan nama negaraJ


Thursday, June 2, 2011

SCHOOL BREAK!!


Cuti sekolah bermula….1st aktiviti pogiee ajak g maran,Pahang makan kenduri. Kawen kwan silat dia Lubis n Liezar. So jom makan free.kami konvoi dua bijik keta lovely viva n yellow wira..zummmzummmm jom negeri Pahang!!! our journey its take about 3hours frm KL.

Sampai sudah jom terjah rumah kenduri….


Bersama..apez..topek..paklang koi..pogiee..ecah…

Menunggu pengantin sampai..we r join rombongan pengantin lelaki iaitu mr .lubis..

Apez..walauweyyyyyyyyyyyy ngn blackberry barunyeJ~~

Cikgu onie menulis kad ucapan nk tampal kat hadiah yang ley tahan besar n beratJ~

Love this pic…NO:9 rumah pengantin perempuan..


Opening act!!! By apez n paklang koi…rugii wooo kalu xde silat cz diorg ni pesilat pesilat kebanggaan MALaysia!!


Tahniah!!!

Selamat pengantin baru buat lubis n liezar

Semoga berkekalan dan dberkati


Ops!! Yang ni bila lagi???cepat cepat laaaaJ~

Mr n ms BLACK….Pogiee n Ecah

Kami gerak balik Kl around 230pm, sampai KL around 4pm.. Me n isha balik putrjaya, pogiee n da geng balik MSN. Actually me n isha mau balik kg terus tp mcm ponat jer..so esoknya baru balik kedah..Hah malam lak , kami semua g HIMPUNAN 1 JUTA BELIA at Putrjaya. Pogiee n da geng pun join jugak.

Ni kwan-kwan yg sma practical at SMK putrajaya present 11(2)



Azmir ariff..akhirnya jumpa jgk.sblm ni dok kenal dalam fb jer.ni azmir wat show smpena hari belia.sblm tu kami tgk teater muzikal dari stdnt stdnt skolah men putrajya. Then SMKputrjaya presint11(1) merangkap skolah yg feles buat praktikal wat show ocestra. Cngrate stdnt SMKPP11(1)

….pogiee…onie…anwar….

Rabbani pun ado..so per lagi shooting shooting ngn diorg

Cik heliza pun ada

Tudia…pesilat pesilat negara tengah bersantaiJ goodlck tuk nextgame!!! N congrate game at Belgium


Acara penutup…makan makan makan..we r lepak at padi,cyberjaya

So himpunan 1belia negara sgt meriah!!rugi sape xpegi

Sekian………

KEDAH STEM FAIR 2023