Friday, June 24, 2011

DENGKI YA AMAT!!!!!!!!!!!!

23 REJAB Kembali…….

Genap setahun abah pergi meninggalkan kami……

Abah….semoga abah aman disana….uni,mak,kak aida,kak lina,kak yati dan isha sentiasa doakan kan abah tenang disana………….

Banyak dugaan..kami telah tempuhi selepas abah pergi buat selamanya…tp uni percaya ALLAH itu maha adil….

Abah…..alhamdulillah uni pun dh nk sampai ke puncak kejayaan insyallah….keputusan uni pada semester lepas ada peningkatan lagi…uni dapt dean 3.78…uni hanya tinggal lebih kurang 2 bulan ja lagi untuk tamatkan pengajiaan uni dalam ijazah sarjana muda pendidikan…insyllah selepas ni uni akan jaga mak ,kakak n adik sbgaimana abah jaga kami dulu……

Abah………kami sgt rindu abah..uni ingt lagi masa hari bapa 2tahun lepas abah ada bg duit kat uni..sptutnya uni yg bagi hadiah kat abah..ni abah pulak yg bg kat uni….terima kasih abah!! Tapi tahun ini…tak da lagi semua tu..Cuma uni hadiahkan abah ayat ayat suci al quran……

Abah………………………love n miss u so much………………..alfatehah…

Kesihatan mental merupakan sesuatu yang amat penting bagi individu dan masyarakat. Mental atau hati yang sihat akan membuatkan manusia selalu berada dalam kebaikan, sedangkan hati yang sakit akan berpengaruh negatif terhadap sikap dan perilakunya. Ketidaktaatan manusia kepada Allah s.w.t bukanlah kerana faktor rendahnya kadar intelektual, tetapi lebih kepada hatinya yang tidak sihat. Akibatnya, ramai orang atau manusia yang kehilangan nilai-nilai kemanusiaannya sehingga darjatnya menjadi begitu rendah, bahkan lebih rendah daripada binatang ternak sekalipun.

Dalam sebuah hadis, baginda Rasulullah s.a.w ada menyebutkan yang bermaksud: “Ketahuilah bahawa pada tubuh manusia itu ada segumpal daging. Apabila ia baik, maka baiklah tubuh itu dan apabila ia buruk, buruklah tubuh itu. Segumpal daging itu adalah hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ada banyak penyakit mental yang menyerang manusia. Satu di antaranya adalah hasad. Dalam lisan al-Arab, disebutkan bahawa hasad adalah seseorang yang menginginkan hilangnya kesenangan yang dimiliki oleh orang lain dan berusaha memindahkan kesenangan itu agar berpindah kepada dirinya. Dalam pemahaman dari sudut bahasa kita, hasad seringkali disebut sebagai iri hati atau dengki terhadap prestasi atau keberuntungan yang dicapai oleh orang lain. Urutan daripada sikap ini ialah berusaha menghilangkan keberuntungan itu agar beralih kepada dirinya.

Dalam kehidupan Rasulullah s.a.w, di antara pihak yang iri hati kepada baginda adalah orang-orang kafir, baik dari kalangan Yahudi, Nasrani mahupun orang-orang musyrik, begitu juga dengan orang munafik. Oleh kerana itu, Allah s.w.t berpesan kepada Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat agar bersabar dan terus memperkukuhkan ketakwaan kepada Allah s.w.t dalam menghadapi sikap mereka.

Allah s.w.t telah berfirman, yang bermaksud:

“Jika kamu memperoleh kebaikan, nescaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira kerananya. Jika kamu bersabar dan bertakwa, nescaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu. Sesungguhnya Allah s.w.t mengetahui segala apa yang mereka kerjakan.” (Ali-Imran: 120)

Kepada orang-orang yang beriman, Allah s.w.t menegaskan agar sikap hasad ini dijauhi daripada diri mereka kerana ia merupakan salah satu sikap yang tercela dalam pandangan Allah s.w.t dan Rasul-Nya sehingga sikap dianggap sebagai sesuatu yang amat tidak wajar untuk dimiliki oleh orang-orang yang beriman. Hakikat ini ditandai oleh firman Allah s.w.t, yang bermaksud: “Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang telah dikurniakan Allah s.w.t kepada sebahagian kamu lebih banyak dari pada sebahagian yang lain.” (al-Nisaa: 32)

Hasad merupakan sikap tercela dan perkara itu akan membawa kesan yang negatif, baik bagi diri pelakunya mahupun terhadap orang lain. Terhadap diri pelaku – akan lahir sikap dan sifat negatif seperti tidak menyukai kritikan dan saranan, lebih-lebih lagi kalau perkara itu datangnya daripada orang yang dia berhasad kepadanya. Oleh hal yang demikian itu, kita harus mengetahui apa yang menjadi penyebab utama lahirnya sikap hasad ini agar dengan kita mampu menjauhinya sehingga sikap yang buruk ini tidak bertapak di dalam diri kita.

Di dalam al-Quran, Allah s.w.t telah menyebutkan dua sebab utama yang membuatkan seseorang itu berlaku hasad. Pertama, rasa permusuhan dan kebencian kepada seseorang. Fakta sejarah menunjukkan bahawa orang kafir, musyrikin dan munafik tidak suka melihat kemajuan yang telah dicapai oleh Rasulullah s.a.w dengan para sahabat. Akibatnya, mereka tidak segan-segan menganiaya, memusuhi bahkan memerangi baginda. Lantaran itu terjadilah sejumlah peperangan pada zaman Rasulullah s.a.w disebabkan rasa permusuhan dan kebencian yang membuatkan mereka menjadi iri hati. Itulah sebabnya, mengapa golongan seperti itu tidak boleh dijadikan sebagai teman kepercayaan sebagaimana firman Allah s.w.t, yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang di luar kalanganmu (kerana) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudaratan kepadamu. Mereka menyukai apa yang menyusahkanmu. Telah nyata kebencian daripada mulut mereka, dan apa yang disembunyikan hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya.” (Ali-Imran: 118)

Sebab kedua munculnya sifat hasad itu ialah bersikap sombong (takbur), iaitu merasa diri sendiri yang paling baik, paling benar atau paling hebat. Daripada sifat dan sikap seperti ini, seseorang itu tidak suka terhadap kejayaan dan kemajuan yang dicapai oleh orang lain sehingga kemajuan dan kejayaan orang lain itu harus dihadang, bahkan kalau perlu dihentikan dengan berbagai-bagai cara. Dari sinilah salah satu faktor yang menyebabkan lahirnya perilaku yang tidak diingini dan akhlak tercela dalam hubungan antara manusia terhadap manusia yang lain, bahkan menolak nilai-nilai kebenaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

Dalam hal ini Allah s.w.t telah berfirman, yang bermaksud: “Dan berkatalah pemimpin-pemimpin yang kafir di antara kaumnya dan yang mendustakan akan hari akhirat (kelak) dan yang telah Kami mewahkan mereka dalam kehidupan di dunia: (orang) ini tidak lain hanyalah manusia seperti kamu, dia makan daripada apa yang kamu makan, dan minum daripada apa yang kamu minum. Dan sesungguhnya jika kamu sekalian mentaati manusia yang seperti kamu, nescaya kamu benar-benar (menjadi) orang-orang yang rugi.” (al-Mukiminun: 33-34)

Oleh kerana kesombongan merupakan sesuatu yang sangat buruk, maka sewajarnyalah Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sifat sombong meskipun hanya sebesar biji sawi.”

Meskipun sikap hasad itu merupakan sikap yang buruk dan mesti kita hindarkan daripada diri kita, namun Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa tidak semua sikap hasad itu buruk. Ada juga yang positif sehingga boleh dimiliki dan dilakukan. Perkara ini dinyatakan oleh baginda dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Hasad tidak diperbolehkan kecuali dalam dua perkara, iri hati kepada orang yang dianugerahi Allah s.w.t harta yang banyak lalu digunakan untuk kepentingan kebenaran dan iri hati kepada orang yang dianugerahi Allah s.w.t dengan ilmu yang banyak lalu ia mengamalkan ilmu itu dan mengajarkannya kepada orang lain.” (Riwayat Bukhari)

Hasad dalam dua hal yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w di atas akan membuatkan seseorang Muslim itu semakin tinggi semangatnya dalam mencari harta untuk dimanfaatkan ke jalan Allah s.w.t dan terus berusaha menambah atau memperbanyakkan ilmu untuk dimanfaatkan dalam segala bentuk kebaikan sehingga memberi kebaikan yang besar kepada orang lain. Ini bermaksud, keinginan menjadi baik bukan semata-mata keinginan yang dikhayalkan, tetapi setiap orang harus berusaha semaksimum mungkin untuk memperoleh apa yang menjadi keinginan baiknya itu.

Jika seseorang ingin memperoleh harta untuk digunakan dengan baik dan memberi manfaat kebaikan kepada orang lain, maka dia harus berusaha untuk mendapatkan harta itu secara bersungguh-sungguh dan dengan cara-cara yang halal. Dan apabila ingin memiliki ilmu yang banyak untuk diajar dan dimanfaatkan ke jalan kebaikan, maka seseorang itu harus menuntutnya secara serius sehingga dia menjadi orang yang alim dan boleh memanfaatkan ilmunya itu pada jalan hidup yang benar.

Akhirnya, menjadi kemestian kita bersama untuk terus menjaga kebersihan jiwa kita agar menjadi sihat dan dapat mengarahkan kita kepada kehidupan peribadi yang soleh. Insya-Allah.

RENUNG RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL............

No comments:

KEDAH STEM FAIR 2023