Wednesday, October 5, 2011

hidop penoh cabaran dan dugaan!!!

Hidup kita setiap hari diatas muka bumi ciptaan Tuhan ini pasti tidak ceria tanpa dugaan dan cabaran. Buatlah apa sekalipun, pergilah kemana – mana sahaja, ada saja perkara yang menguji kita.

Sesungguhnya hidup tanpa dugaan dan cabaran adalah hidup yang amat – amat membosankan. Bagi mereka yang mempunyai jiwa dan semangat yang kental, walau apa sekalipun yang terjadi dalam hidupnya, dia pasti akan terus mengharunginya dengan tabah dan kuat.

Tetapi, jika seseorang yang lemah iman, jiwa dan semangatnya pasti akan mudah melatah dan pasti akan mengalah dengan segala cabaran dan dugaan yang dihadapinya. Bukan semua orang sama, kita dikurniakan dengan bakat dan keistimewaan yang tersendiri. Tidak ada manusia yang sempurna dalam dunia ini.

2 comments:

Mahamahu said...

hidup ini hanya cubaan untuk kita hidup kekal di akhirat nanti... insyallah

izz idraqie huznie said...

mah@mah..tq......sama sama berdoa k

KEDAH STEM FAIR 2023