Saturday, October 13, 2012

Nyamannnn sikk buah dabai??



assalamualaikum dan selamat berhujung minggu kawan kawan. apakhabar?wahh gila skema tanye soklan..haha xg hoha hoha ker minggu ni. kc dok umah jerrr sbb lastweknd dah kuar g sibu n next week pun akan ke sibu lagi,so this week lepak umah je. dan ada benda bahru nk share ngn u guys..apakah??bukan benda actually,sebenarnya sejenis buah. buah apakah? hah buah dabai. dua tiga hari lepas ada sokrg kawan tnaye kc,penah x mkana buah dabai/. kc jawab buah per tuuuu. dia ckp buah tu femeskat area sarikei n sibu. then dia ckp buah tu warna purple kehitaman.nk jd cerita dan org cakap rezeqiekan td sokrg pelajar ajak mkn nasi kat umah dia, tup tup masa nk makan.dah tersedia buah DABAI .so per lagi.grab my nikon snapsnap. n xcited nk rasa.tadaaaaaaa rasanya agak agak cmner? my expectation sbnrnya rsa manis manis masam. setelah mencuba.rasanya xde manis xde masam. ada sedikit kelat dan rsa mcm mkn ulam kepahitan. base on my taste laaa. tuan rumah ckp mkn sbg ulam, makan dengan nasi. yg kami mkn td, buah tu dah digaul dengan garam halus:) tudiaaaaaaa gambar buah dabaikat bwh ni:)



buah dabai


 ikan tenggiri goreng



sup tulang sapi. orang sarawak panggil sapi xpanggil lembu. nyaman bah!


 hidangan yang disediakn oleh tuan rumah 
terima kasih daun keladi,ada masa mkn free lagi


 wow!!! pembuka selera kerabu mangga. sedap!



buah dabai

Di Sarawak sekarang, jikalau anda singgah ke pasar basah untuk membeli barang keperluan dapur, anda akan terlihat satu buah yang sebesar ibu jari berwarna hitam. Buahnya dikenali buah ‘dabai’. Kebiasaannya, buah dabai amat terkenal dan senang untuk diperolehi di kawasan pertengahan Sarawak iaitu Sibu dan Sarikei. Ternyata, buah ini menjadi favourite dan tidak asing kepada masyarakat Sarawak. Ini membuatkan ia sentiasa mendapat sambutan oleh penggemarnya sehingga ada yang sanggup membeli sampai berkilo-kilo.

Mengikut sumber yang tak sahih, buah dabai hanya boleh didapati di negeri Sarawak dan Brunei sahaja. Dalam bahasa saintifik, buah ini dipanggil sebagai Canarium odontophyllum. Bagi yang tidak biasa, buahnya tidak boleh dimakan begitu sahaja. Sebaliknya, ada cara  tertentu untuk membolehkan ia enak dimakan. Ketika buah dabai masih muda, ia kelihatan putih pada luarannya dan kemudian bertukar menjadi hitam apabila ia sudah masak. Isinya pula berwarna kuning. Bijinya pula berbentuk seperti bola ragbi tetapi bersegi tiga.

Bagaimana untuk menyediakan buah dabai.? Ia mengikut kreativiti penggemar masing-masing. Namun, kebiasaannya buah dabai direndam terlebih dahulu dengan air panas sehingga buahnya menjadi lembut. Kemudian, air panas dibuang. Seterusnya, ia sudah sedia untuk dimakan dengan bertemankan kicap ataupun garam. Mengikut penggemarnya, buah dabai terasa lemak untuk dimakan. Ini yang menyebabkan ia amat sedap untuk dimakan bersama nasi yang masih panas-panas. Selamat Mencuba.


sumber diatas kc amik daripada: http://mesejabdul.wordpress.com/2008/10/31/dabai-buah-tropikal-sarawak/

 terimakasih kepada syafiq sekeluarga 
menghidangkan makanan tengahari kami bertiga. semoga dimurahkan rezeqie yerk
salam menjulang sarawak
kc..ton..nita

2 comments:

EH - Ekslamasi Holistik said...

Kalau kt Semenanjung ada ke jual buah dabai ni ek?

izz idraqie huznie said...

Ijul..rasa ya tak ade laaa.hehe

KEDAH STEM FAIR 2023