Thursday, July 18, 2013

Cerita Malas Seminggu RAMADhan YA Kareem

 Salam Ramdhan ya karim…
Alhamdulillah berkesempatan lagi untuk menempuh bulan penuh Barakah ini bulan Ramadhan. Tahun kedua berada dibumi kenyalang dan tahun ketiga baru beberapa hari genap pemergian abah tercinta 6julai yg lepas. Redha…alfatehah buat abah disana. Uni dan keluarga sentiasa berdoa utk abah. Insyaallah uni akan terus jaga mak dan adik beradik yg lain mcmna abah jaga kami dulu..sayu….

Tahun kedua setelah bergelar CIKGU.alhamdulillah tahun lepas byk pengalaman pahit manis sepnjang ramadhan. Sama sama berjalan kaki ke surau sekolah. Sama sama berjalan kaki keluar kedai membeli juadah. Tahun ini syukur, dah ada miss Honda ex5. So dh tak jalan kaki lagi. Bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian. Keadaan rumah pun Alhamdulillah dah ada kelengkapan asas utk terus berada di Bumi Beladin demi mendidik anak bangsa ini. Suasana sini tidaklah sama seperti tempat atau kg halaman sendiri.kalu bulan puasa di bndar bndr sana meriah dgn bazaar Ramdhan nya. Disini hanya gerai gerai kecil di hadapan rumah shj menjual. Waktu jualan juga agak awal sekitar jam 1petang sudah ada yg mula menjual.
Hari pertama berpuasa,kami iaitu bersama kwn kwn seperjuang ton,tad an sara menunaikan solat sunat taraweh di Masjid Kg Beladin. Sahur pertama kami pun ok dan juadah berbuka pun ok. Oh! Kawasan tempat mengajar ni mewah dgn seefood atau lauk lauk fresh. Dan Kg Beladin ini sebenarnya ialah kg Nelayan Terbesar di Malaysia. Oleh itu, kami disini agak bertuah dpt menikmati ikan terubok, sotong, udang, ikan masin, sotong kering dengan mudah dan harga juga sgt berpatutan. Itulah orang cakap rezeqie ada dimana mana kan.

serikin.pra shopping raya
sara..ta..kc

Day 2. Hari kedua..sekolah seperti biasa lepas balik skolah sempat kami round kampong tgk juadah, sekitar jam 2pm dah byk yg mula meniaga, hari ni beli Manok panggang( manok ialah ayam) dan kuih bengkang jer. Hari ni agak lemah skit sebab……selesema teruk dan batuk..dugaan maaa…sakit kan peringatan kita kepada allah. Gugurkan dosa dosa kecil…alhmdulillah selesai solat tarawih terus balik mkn ubat dan update ini ceritera Ramdhan kat Beladin. Mlm tarawih ke Tiga, pergi solat di surau kg Tengah Beladin.1st pergi solat kat Masjid besar Beladin, second night kat surau sekolah sbb diamanahkan sbg imam solat taraweh ,malam ketiga ke kg tengah plak. Timba pengalaman kat tempat baru kan. Hari ni rezeqki kami berempat berbuka di rumah fmly angkat kami, mak masak ikan terubok, tomyam udang dan etc.selesai berbuka dan solat mgrib kami dengan mak pegi solat isyak dan sunat sunat taraweh bersama sama.

kc..ton..sara
at Serikin

DAY 3
VROOOMM we heading to kuching,p umah mak n apak di kg Mang samarahan. Lepas abis skolah around 1135am kami terus siap siap n gerak ke sana. Journey to kg mang its take about 3 and half hours. Kena lepas 2 ferry iaitu ferry pertama Teriso to Sebuyau dan ferry ke dua area Sadong. Kami smpai cun cun buka posa, saja x bgatau mak n apak we r heding to umah diorg. Kunun kunun wat supriseddd laaaa.hehe lepas smpai makan makan solat n kami merasai solat taraweh di Kg Mang pulak. Malam ke empat taraweh kami di tempat baharu lagi. Jauh perjalanan luas permandangan. Alhamdulillah.

suasana lepas solat sunat taraweh
moreh time at Surau Kg Tengah Beladin 

Masji Besar Kg Beladin

Day 4 Bersahur ramai ramai kali ni dgn mak apak, ipin, oden, muhai, lan, azpha dan yg surprised buat kami ada kwn kwn lan dari upsi merangkap junior junior kc kat umah diorg. Diorg 10days trip to kuching. So meriah umah kat kg mang dgn diorg. Lepas sahur then solat n cam biasa zzzzzz smbung tidoq..hehe weekend maaaa. Padahala ada hajat iaitu kami nak p Serikin, border Indonesia Malaysia. Apa ada serikin?? Mcm mcm ado, so kami p dlm pukul 11 lebih dah. Smpai around 1230pm. Selalunya p time tu ya allah panas ya amat.tp mungkin barakah puasa kot. Cuaca ok redup jer. Xperlu bw payung, hah kat sna ada jubah,kain pasang, telur penyu, kraf, kain telekung semayang, kain palikat dan mcm mcm, oh! Sayur sayur pun ada petai, terung, timun, kacang, dan kwn kwnnya. Lepas tu kami balik kg mang sbb nk gathering buka posa ramai ramai. Sblm smpai umah sggh bazaar ramdhan Samarahan. Besar jugak mcm mcm ado. Then zazz balik. Sbb mak request nk laksa penang, so kami beli bahan bahan, ptg tu kami punya prepared food untuk berbuka atau bersungkey(bahasa Sarawak).alhamdulillah selesai kami masak. Frm Chef Kc da bomb, ayam masak kicap special

suasana majlis iftar bersama sama cg semenanjung dan mjlis perpisahan Mek Da dapt tukar ke MCKK

masakan chef Kc daBomb
mee goreng mamak basah

Day 5
Frm kuching balik Beladin…arghhhhh hehe biasalah 2days mana cukup kan cuti.tp wt to do amanah dan tanggungjawab kena laa balik, sbb isnin mengajar. Alhamdulillah safe journey smpai Beladin. Sebelum smpai kami singgah solat jamak kat masjid Maludam. Beli juadah skit utk buka puasa. Ok jugak suasana di Maludam. Kuih muih murah skit dari Beladin. Hehe 4 biji rm 1 jer. Kalu beladin 4 dah rm1.20. hehe Taraweh malam ke 6?? Dimanakah? Cuba teka? Hehe dah siap siap nkp Masjid,hujannnnnn lebat, so I will do at my room. Saya buat solat sunat taraweh kat umah jer. Alhamdulillah selesai jugak solat sunat taraweh malam tu.
juadah berbuka from Maludam

que ! tunggu ferry nak balik Beladin frm sebuayau to teriso

tiket ferry

laksa uthaaaraaaaa frm cik ton
wow! n awsome...

Day 6
Monday blues….sahur, sekolah seperti biasa. Lps skolah Meeting 230pm abis almost 430pm. Byk perkara di bincang berkaitan skolah dan SMK  Beladin bakal di lawati oleh KPM, JPN dan org org berkaitan. Lepas abis meeting think nk makan fruit/vegi salad. Haha biasalahhhh puasakan so teringin mcm tp my area ni nasib jelaa kalu ada buah buahan yg dijual, pergi cari kat kedai xdaa. So change to Mee Goreng ala Mamak Kc da bomb. So kc masak mee goring kami berbuka. Mlm solat taraweh kat Masjid Beladin.

suasana taraweh Masjid  KG MANG,Samarahan

player baru skuad bola sepak Malaysia

todiaaaaaaaaaa jongkong bak kata orang kedah
family angkat frm kg mang buat ni.nyamannnnnnnnn..indokkkk makan

Day 7
Dah seminggukan posa. Sat saja….. 3mggu lagi dh ckup sbulan, 2minggu lagi dh balik kampong. Yuhuuuuu. Sekolah macam biasa, keje keje keje keje, never stop working! Ibadah tu no problem. Buka puasa? Rezeqie…..salah sokrg cikgu dpt tukar balik semenanjung buat makan mkan mjlis berbuka, so balik skolah rileks je smpai laa p buka puasa ramai ramai. Meriah kami cg cg semenanjung buka posa sama sama. Mlam mcm biasa p taraweh kat Masjid kg Beladin. Balik taraweh baca quran, ngdapa laptop update blog. Hahah smbil smbil minum hot milo. Nang nyaman sebab ujannnnnnnn….hah!!! esok 17.07 cikgu husni ke observe by guru kanan bahasa teknik dan vokasional. Setahun sekali kami cg cg ni kena CERAP. Tujuan nk tgk how we teach pupils. Selain tu boleh laaa buat penambahbaikan…..sekian utk hari ke tujuh Ramdhan ya kareeem.. miss my hometown. Tringat mak kat kg……hehe

ni juadah masa berbuka dengan family angkat di Beladin
begitulaaa cerita malas malas mr kc da bomb seminggu di bulan Ramdhan. insyllah nnti ada masa kita sambung lagi noh.......
assalamualaikum dan selamat beramal
............................................................................................

2 comments:

andy said...

Ada juak gbr org kacak pake baju kuning ya..hahahahaha

izz idraqie huznie said...

aouklaaaaa...watak watak penting tok bro...

KEDAH STEM FAIR 2023