SALAM XTREM!!!
pada 2nov -3nov 2013,dua minggu sebelum cuti sekolah yang lalu team xpdc SMKBeladin telah mengadakan xpdc menawan Bukit Sadok,Betong sarawak
pelajar pelajar dan guru telah mengikuti xpdc ni
dua org anggota polis juga turut mengikuti bagi tujuan keselamatan
fuhhhhhhhhhhhh!!
sangat awsome,mencabar,menarik,penat,best dan setelah smpai di puncak perasaan sgt PUAS!!!!! jom tgk pic pic menarik sepanjang mendaki,menyusuri,menawan,memanjat,berjalan,menurun,menaik dan segala ME ME Me lagi.jom!!!!
xoxo
cikgu husni..cikgu nita...cikgu saidatul
team cikgu cikgu memPOSING sebelum turun
cikgu cikgu lelaki yang join
Pada zama
dahulu iaitu ketika era pemerintahan kolonial, masyarakat Iban dan Melayu di kawasan
Saribas dan Skrang senantiasa diketuai oleh seseorang yang yang berani dan
tidak takut diserang bagi mempertahankan kawasan dan rakyat daripada ditakluki
dan dikuasai Rajah James Brooke. Mereka sentiasa berperang dan bertembung
dengan askar-askar yang diketuai oleh Rajah James Brooke bagi mempertahankan
kawasan mereka. Salah seorang yang berani dan mengetuai kumpulan ini ialah
Rentap. Namun demikian, sekitar tahun
1854, Rentap telah dikalahkan di Sungai Lang, Ulu Skrang.
Selepas
dikalahkan di Sungai Lang, Ulu Skrang, Rentap mengundur diri lalu membina Kubu
di puncak Bukit Sadok. Kubu tersebut dibina menggunakan kayu tebelian setebal 2
kaki. Di tengah-tengah kota tersebut telah didirikan sebuah menara sebagai
tempat Rentap dan askarnya berteduh. Mengikut cerita, kubu ini sangat teguh dan
sukar untuk ditembusi. Kubu tersebut hanya dibina dua pintu masuk sebagai
laluan utama iaitu disebelah utara dan selatan menghadap ke arah kawasan bukit
yang sangat curam dan sukar untuk diserang. Oleh kerana merasakan kubu mereka
sangat teguh dan kuat, Rentap dan askarnya lalu berkuasa dan menjadi Raja di
kawasan tersebut.
Semasa serangan pertama dari Sungai Skrang yang diketuai oleh Tuan Muda Charles Brooke, beliau telah mengumpul seramai 3,500 orang askar Iban dan 500 orang askar Melayu. Pada tarikh 15 Jun 1857, Charles Brooke telah melancarkan serangan ke atas kubu Rentap, namun serangan tersebut telah gagal merobohkan kubu dan menggalahkan Rentap dan askar-askarnya.
Sekitar bulan Ogos 1858, sekali lagi Tuan Muda Charles Brooke mengetuai serangan yang kedua ke atas Kubu Rentap di Bukit Sadok dengan dianggotai seramai 2,000 orang askar Iban dan 200 orang askar Melayu melalui Sungai Layar menuju ke Nanga Tiga untuk sampai ke kawasan Rapu. Serangan kali ini, Tuan Muda Charles Brooke telah menggunakan meriam yang mana berat peluru meriam tersebut ialah 6 paun. Namun demikian, walaupun menggunakan meriam tersebut, askar-askar James Brooke masih lagi gagal meroboh dan menggalahkan kubu Rentap tersebut. Askar-askar Rentap yang mendiami kubu tersebut telah menyindir dan merendah-rendahkan askar-askar James Brooke supaya membawa mana-mana senjata dari Englang untuk menyerang mereka.
Pada serangan yang ketiga, Charles Brooke telah mengumpul para askarnya lagi dan kali ini mereka telah membawa meriam yang diberi nama Bujang Sadok melalui Ulu Sungai Layar ke Nanga Tiga terus sampai ke kaki Bukit Sadok pada 25 Oktober 1861. Awal pagi pada 28 Oktober 1861, meriam Bujang Sadok buat pertama kali meledakkan peluru pada pagi tersebut. Peluru tersebut telah memasuki kubu Rentap melalui sebuah lubang yang dibuat di kubu tersebut lalu membunuh ketua penembak yang menggunakan meriam yang digelar Bujang Timpang Berang.
Darah ketua penembak tersebut telah menyebabkan belerang meriam yang digunakan oleh askar Rentap basah dan tidak dapat digunakan lagi. Apabila meriam tersebut tidak dapat digunakan lagi, maka askar-askar Rentap tidak mampu dan berdaya lagi untuk mempertahankan kubu tersebut. Charles Brooke dan askar-askarnya tidak henti-henti menyerang kubu Rentap dengan meriam Bujang Sadok yang menyebabkan dinding kubu tersebut musnah dan roboh. Akhirnya askar-askar Charles Brooke dapat masuk ke dalam kubu tersebut dan menjumpai askar-askar Rentap yang terbunuh dan cedera. Rentap bersama-sama dengan 24 orang kanannya yang terselamat melarikan diri ke Bukit Lanjat.
penduduk kampung sebagai portal menolong membawa barang barang keperluan
terima kasih buat 2org anggota polis yang turut mengikuti xpdc menawan sadok
pokok lada hitam
subhanallah keindahan alam
padi huma atau padi bukit
nanas yang lazat
Pada petang 28 Oktober 1861, kubu Rentap telah dibakar. Api dan asap dapat dilihat dari beberapa buah rumah panjang di kawasasn Ulu Layar tersebut. Dengan roboh dan musnahnya kubu Rentap di atas Bukit Sadok maka berakhirlah pemerintahan Rentap di kawasan tersebut yang menyebabkan kawasan Saribas dan Skrang menjadi aman sehingga sekarang.
xoxo
...................................
1 comment:
[GEMPAR] Semak kotak rokok anda sekarang. Adakah ianya jenama ini? http://curium-cr.com/my-5226360
Post a Comment