Tuesday, January 31, 2017

CABARAN 2017: CNY TAHUN AYAM ! HANG P MANA?

 Assalamualaikum dan salam penghujung januari.Esok masuk february dah naaa.apa khbaq semua? so how permulaan 2017? adik adik had sekolah abih dan naa cuti persekolahan sesi pertama ni. Cuti seminggu p mana? sat nak habaq ni. depa dok kalut tanya cikgu tak balik Kedah ka? awat x balik? hahah 


cuti sekolah bermula 27jan till 31 jan kira seminggu jugak kan. ni aktiviti sepanjg cuti. wah mcm lama ja cuti. 27hb hari jumaat ada appoinment dengan Honda, bawa cik city p service. tukaq nu tukaq ni service nu service ni so angpow CNY give Honda la kan. biasala tu kalau dh p service kan kena la standby RM. so next service July 30 .lambat lagi so tip nya. setiap bulan saving siap siap untuk bayaran service seterusnya. so July nti tak la kalot kan kan.

gambaq sekadar hiasan. takda ngeja smntra dok tggu depa service cik city saya

lepas service kereta pa lgi tudiaaaa habaq ang p pekena nasik kandaq kat Mydia Samariang, Mydin bru jugk la dan Mydin dah masuk sarawak ya. kat food court dia ada Nasi Kadaq Penang
rasA? best n sedap lagi mkn kat penang nu ,kat sini Ok ok aja

masuk Mydin shoppin apa yg patut dan yg harga berbaloi



lagi x penuh trolley kan kita pusing satu mall



Kat mana ni? ni kat Switch The Spring Kuching.p tukaq tempered  glass sat ms 6s sy pecah plak. now dah segak screeen ms 6s sy

 ok day 2 check out... nak p mana pulak? p Serikin, sempana Indonesia tempat yg mmg wajib p bg sapa sapa had mai sarawak. dah ke berapa kali dah ni p. ada apa? mcm mcm ada


 H Honda ! The power of dream. mai mana ni? dapat mana? ni lepas service smlm depa bagi ni. pewangi kereta frm honda sempena CNY

 hah smpai dah kat Serikin.jgn kata abam x payung ya. public holiday ramai org p jalan Serikin.Bukan p jalan , p perabih duit haha. jom cuci mata

 ni la had ada kat Serikin ni . byk pakaian pakaian wanita la sini. 

 kain pasang kain sulam byk ada jual. terjebak jugak saya beli 4 pasang to my mak n sista saya

 buah apa ni??? kita tanya kita jawab ya. ha ni boleh mkn .ni lepas dirbus. nama dia bak kata mak sy ialah buah PEQAH. rasa lemak mcm bijik cempedak. mak pesan tak leh mkn byk byk satni pala pening. sapa penah makan? cer komen skit..

 lepas tu p mana pulak??? ho ho ho  Happy Chinese New Year. ya kami p Raya umah Yvone rakan kerja kami ngajaq sama sekolah. tq Yvone for inviting us!


 Gong Xi Fa CHai! 


 limau! 

 cute biscuit ! biskut ayam sempena Tahun ayam CNY 2017


lepas p raya p mana lagi? ahad balik ke Beladin sudah. ya byk lagi tugas tugas dan tanggungjawab menanti. to all cikgu n student.welcome back to school. Februari please be nice! klise sgtttt kan.
jumpa lagi ceritera februari pulak kan







Saturday, January 21, 2017

CABARAN 2017: PROGRAM DASAR WARGA EMAS NEGARA DAN SMK BELADIN

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa
pada 21hb januari 2017  Unit kaunseling dan badan pengawas SMK Beladin telah mengadakan lawatan ke Pusat aktiviti warga emas Kg Beladin, Sarawak. Objektif program ini diadakan ialah untuk memupuk perasaan kasih sayang dan menghormati warga emas.selain itu untuk memberi kesedaran kepada generasi baru tentang kepentingan warga emas serta menjamin warga emas hidup selamat dan dihargai. Program ini melibatkan seramai 8 orang guru termasuk Penolong Kanan KOko dan 2 orang kaunselor sekolah. Pelajar pelajar yang terlibat seramai 25 org pelajar iaitu badan pengawas sekolah.pada jam 8pagi semua peserta program berkumpul di foyer sekolah dan di beri taklimat ringkas oleh Puan Addinni, Kaunselor SMKBeladin


pelajar pelajar di beri taklimat ringkas sebelum bergerak ke Pusat Aktiviti Warga emas Kg hilir Beladin

 ready set go!
bersedia untuk bertolak ke Pusat Aktiviti warga emas
lokasinya hanya 5 minit dari SMK Beladin


 pelajar pelajar tiba di kawasan Pusat Aktiviti waga emas

Selamat datang! 
 kami di sambut oleh beberapa orang pegawai yang menguruskan pusat aktiviti

 tandangan buku pelawat oleh guru dan pelajar yang menyertai program

 warga emas sudah bersedia dgn daun kelapa untuk mendemontrasikan cara menyanyam ketupat. pelajar pelajar bersama mempelajari cara menyanyam ketupat







 En Rosli b Uji selaku PK KO menyampaiakn cencerahati sbg penghargaan menerima kunjungan daripada warga SMK Beladin


 seterusnya sesi jamuan ringan 


 selamat menjamu selera


 sebelum pulang abadikan kenangan bersama warga emas 
semoga warga emas semua diberi kesihatan yang baik , murah rezeqi dan panjang umur

warga SMK Beladin mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kerana sudi menerima kunjungan kami dan mengajar cara menyanyam ketupat. Jasamu warga emas akan di kenang 

Program dan aktiviti bersama warga emas tamat jam 1130 pagi. Semoga objektif program ini tercapai dengan jaya. jumpa lagi pada aktiviti khidmat masyarakat akan datang!
SMK BELADIN 
"INSPIRED, TRANSFORM"


Wednesday, January 11, 2017

CABARAN 2017 : PERGINYA TIADA GANTI

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, 72, meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (HUS), Kota Samarahan, jam 1.30 PM pada 12 januari 2017.



Salam takziah buat semua penduduk bumi kenyalang. Saya turut terasa dengan pemergian beliau. Terima kasih juga atas kepimpinan beliau sepanjang saya menumpang berkhidmat di bumi Sarawak ini.

Al fatehah



Friday, January 6, 2017

CABARAN 2017 : MERENTAS DESA SMK BELADIN

Assalamualaikum dan salam permai bumi tuhan
Minggu pertama persekolahan hari ke 5 SMK Beladin telah mengadakan acara sukan Merentas desa. Acara sukan ini merupakan acara tahunan yang sering di adakan pada awal minggu persekolahan.
bermula pada jam 645 pagi semua pelajar berkumpul mengikut tingkatang masing masing.Selepas kehadiran di semak oleh guru tingkatan masing masing pelajar pelajar di beri taklimat berkaitan acara merentas desa.
Ucapan alu aluan juga di berikan oleh Tuan Pengetua En Abang Mansor b Abang Sebeli sebelum pelajar pelajar dilepaskan mengikut kategori masing masing.
sebelum berlepas aktivitiv regangan dan pemanasan badan di lakukan terlebih dahulu yang di pimpin oleh cikgu Husni
selepas itu baru lah bermula acara merentas desa.



 pelajar pelajar berkumpul mengikut tingkatan masing masing

 Aszerul pelajar yang memenangi acara L 18 tahun ke bawah. Tahniah!


 acara kali ini track sekitar dalam kampung Beladin





 check point 
utk minuman




 Cyaok cyaok u can do it!!! 

 selepas semua pelajar menamatkan larian, pelajar berkumpul di data
ran perhimpunan untuk acara penutup iatu penyampaian hadiah



Barisan pentadbiran sekolah menyampaikan hadiah.Di mulai dengan En Abg Jamali b Abg Tar GK Sains dan Matemtik

PK HEM En Abd Talib B Sulaiman menyampaikan hadiah kepada pemenang

PK Ko En Rosli b Uji bersedia utk mengalungkan pingat kepada pemenang

Tuan Pengetua En Abg Mansor b Abg Sebeli menyampaikan pingat kepada pemenang kategori L 18 tahun ke bawah.Majlis di akhiri dengan mengumumkan Pemenang Keseluruhan mengikut mata yang di kumpul oleh rumah sukan masing masing
RUMAH BIRU 
RUMAH HIJAU
RUMAH MERAH
RUMAH KUNING
sekian, majulah sukan untuk negara
Tahniah dan Syabas buat semua pelajar pelajar yg berjaya dan yg telah menamatkan larian mengikut jarak kategori masing masing
badan cerdas otak pintar
Tahniah juga buat cikgu cikgu yg sentiasa memberi kerjasama sepanjang acara berlangsung
majlis bersurai sekitar jam 1100 pagi
...................................................

KEDAH STEM FAIR 2023