Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa
pada 21hb januari 2017 Unit kaunseling dan badan pengawas SMK Beladin telah mengadakan lawatan ke Pusat aktiviti warga emas Kg Beladin, Sarawak. Objektif program ini diadakan ialah untuk memupuk perasaan kasih sayang dan menghormati warga emas.selain itu untuk memberi kesedaran kepada generasi baru tentang kepentingan warga emas serta menjamin warga emas hidup selamat dan dihargai. Program ini melibatkan seramai 8 orang guru termasuk Penolong Kanan KOko dan 2 orang kaunselor sekolah. Pelajar pelajar yang terlibat seramai 25 org pelajar iaitu badan pengawas sekolah.pada jam 8pagi semua peserta program berkumpul di foyer sekolah dan di beri taklimat ringkas oleh Puan Addinni, Kaunselor SMKBeladin
pelajar pelajar di beri taklimat ringkas sebelum bergerak ke Pusat Aktiviti Warga emas Kg hilir Beladin
ready set go!
bersedia untuk bertolak ke Pusat Aktiviti warga emas
lokasinya hanya 5 minit dari SMK Beladin
pelajar pelajar tiba di kawasan Pusat Aktiviti waga emas
Selamat datang!
kami di sambut oleh beberapa orang pegawai yang menguruskan pusat aktiviti
tandangan buku pelawat oleh guru dan pelajar yang menyertai program
warga emas sudah bersedia dgn daun kelapa untuk mendemontrasikan cara menyanyam ketupat. pelajar pelajar bersama mempelajari cara menyanyam ketupat
En Rosli b Uji selaku PK KO menyampaiakn cencerahati sbg penghargaan menerima kunjungan daripada warga SMK Beladin
seterusnya sesi jamuan ringan
selamat menjamu selera
sebelum pulang abadikan kenangan bersama warga emas
semoga warga emas semua diberi kesihatan yang baik , murah rezeqi dan panjang umur
warga SMK Beladin mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kerana sudi menerima kunjungan kami dan mengajar cara menyanyam ketupat. Jasamu warga emas akan di kenang
Program dan aktiviti bersama warga emas tamat jam 1130 pagi. Semoga objektif program ini tercapai dengan jaya. jumpa lagi pada aktiviti khidmat masyarakat akan datang!
SMK BELADIN
"INSPIRED, TRANSFORM"
No comments:
Post a Comment