Thursday, May 26, 2011

baju batik

Outhing for baju batik..so weekend kami pegi mencari baju batik. Actally feles yg nk beli.so I ngn yot follow jer..opss ayed pn join kami.so kami ke jalan tun abd rahman. Memang syurga kain kat area sna. 1 by 1 kedai kami masuk.so kami memilih kedai abg wan.mmg kedai tu perhhhhhhhhhhh batik mmg meriah n pure frm ganuu..harga tak yah ckp ler frm rm15– ribu ribuan ringgit. U got money u go!!

Wajib Baju Batik Hari Khamis Kepada Kakitangan Awam

PEMAKAIAN PAKAIAN BATIK MALAYSIA OLEH PEGAWAI AWAM

PADA HARI KHAMIS

TUJUAN

1. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan menyampaikan keputusan Kerajaan mengenai kewajipan memakai pakaian batik oleh pegawai awam pada setiap hari Khamis.



LATAR BELAKANG

2. Dalam usaha menyokong perkembangan dan pembangunan industri batik negara yang merupakan warisan dan identiti negara, Kerajaan telah memutuskan supaya pakaian batik Malaysia dipakai oleh pegawai awam pada hari pertama dan hari ke-15 setiap bulan melalui Surat Edaran JPA(S)TT. 193/37 Jld.4 (86) bertarikh 30 Jun 2005. Arahan ini juga dijelaskan di perenggan 4, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2006 iaitu mengenai fesyen pakaian batik Malaysia alternatif pegawai lelaki.

3. Untuk meningkatkan keberkesanan pelaksanaan pemakaian batik Malaysia oleh pegawai awam, Kerajaan telah bersetuju supaya arahan tersebut dipinda sewajarnya.

PINDAAN HARI PEMAKAIAN BATIK MALAYSIA

4. Kerajaan telah memutuskan supaya hari pemakaian batik oleh pegawai awam iaitu pada hari pertama dan hari ke-15 setiap bulan dipinda kepada setiap hari Khamis. Pindaan ini juga melibatkan hari pemakaian fesyen pakaian batik Malaysia alternatif pegawai lelaki seperti yang ditetapkan di perenggan 4, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2006.

PENGECUALIAN

5. Arahan pemakaian batik pada setiap hari Khamis ini tidak terpakai kepada pegawai yang dibekalkan dengan pakaian seragam, pegawai yang menghadiri acara-acara rasmi seperti persidangan-persidangan antarabangsa, perjumpaan dengan pelawat-pelawat asing atau pegawai yang menghadiri majlis rasmi yang menetapkan pemakaian jenis pakaian yang lain.

TARIKH KUAT KUASA

6. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan.

PEMAKAIAN

7. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan Surat Pekeliling Perkhidmatan ini dipanjangkan kepada Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan.









2 comments:

ayie said...

wow hebat shoping baju batik..hehe

izz idraqie huznie said...

yelorrrrrrrrrrr

KEDAH STEM FAIR 2023