Wednesday, May 4, 2011

SABAR ITU INDAH

Desa Tun Razak,Kuala Lumpur……..

Alhamdullillah selamat sampai walaupun hujan sgt lebat during my journey to KL. Hari ini 1st nite I kat KL.i stay umah my bff ayed, his MAS crew. Merangkap kawan masa I keje dulu. So no problem dah mcm sibling. Sampai around 845mlm. Pastu p mkn ngn pogie n afizz then tq pogie bw g ushar2 skolah at presint 11. lepaking n santai kejap kat putrjaya while teach them hw to operate dslr.hehe :)Tadi bertolak dari sungai petani around 3pm. Actually nk balik ikut grik dari baling. Tp ada kematian iaitu ayah kawan baik my sis. So I hantar mumy n isha to sg petani, then diorg amik keta akak I yg stay lat sp tu pg ziarah jenazah.al fatehah buat arwah ayah munirah. Kami dah merasai dan lalui semua ini. Yang hidup pasti kena teruskan dan kita kena kuat. Insyallah.. alfatehah jugak buat arwah abah yg 10bulan telah pergi ..walaupun aku merasakan baru semalm je cium tangan ABAH sebelum balik UPsi. Masa berlalu begitu cepat kan..urmmm dalam perjalanan macam macam telah aku fikirkan,urmm ntahlah tetiba terpandang majalah yang di kirim kan oleh isha tuk pogiee. Majalah ilmiah solusi. Front page nye ada tertulih… SABAR ITU INDAH.. setelah di fikir-fikirkan mmg benar walaupun hanya tafsiran dan andaian sendiri tanpa membuka majalah membaca isi kandungannya. Sabar?? Kesabaran sgt penting dalam kehidupan ini kan, tak kira dalam apa jua. So SABAR lah wahai kwn2 ku yng bakal menjalani praktikum walaupun ada yang xcited.. takut..nervous..happy.. so apa-apa pun kena lah SABAR… insyallah kelak kita akan tahu keindahannnya. So hidup perlulah ada kesabaran. Sabar itu separuh daripada iman………………………….:) renung renungkan dan selamat beramal…

Renungan bersama

Sabar

Firman Allah s.w.t di dalam Al-Quranul Karim Yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman minta tolonglah kamu dengan sabar dan sembahyang,sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sabar"(153.)

Secara umumnya kita semua maklum apa itu yang dikatakan sabar.Tidak perlu kita menta'rifkannya secara terperinci.Bukan sekali dua sifat yang mulia ini kita temui di dalam kitab suci Al-Quran dan juga hadis-hadis Rasulullah s.a.w.

Malahan setiap ketika kita mengucapkannya kepada teman-teman kita atau sesiapa sahaja bila mana mereka ini ditimpa oleh sesuatu perkara yang tidak diingini .Hatta terhadap diri kita sendiri pun sifat ini akan terlintas di hati bila perkara yang sama berlaku terhadap diri kita.Secara kesimpulannya sifat ini merupakan salah satu sifat yang dihimpunkan di dalam sifat-sifat " Mahmudah" .

Banyak hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang menceritakan kepada kita betapa ganjaran,kelebihan dan kebaikan yang Allah s.w.t.

anugerahkan kepada hambanya apabila sifat ini dapat ditakluki secara sempurna yang mungkin.Sebagaimana terdapat hadis Rasulullah s.a.w.

yang menyatakan kebaikan sabar ini sebagaimana sabdanya : Yang bermaksud : Bersabar terhadap perkara yang dibenci itu terkandung di sana kebaikan yang banyak .

dan telah bersabda Nabi s.a.w. kepada Ibnu Abbas radhiallahu anhu : Sememangnya sifat ini Allah s.w.t.telah membekalkan kepada setiap hambanya samada yang mukminnya mahu pun yang kafirnya. Pokoknya penguasaan sifat sabar ini sehingga ke tahap mana kita sebagai makhluk Allah s.w.t.sudah tentu tidak mampu untuk mengukurnya kecuali Allah s.w.t. yang Maha Mengetahui.

Sifat SABAR terbahagi kepada dua bahagian:

1 - Maqamat :

Maqamat ialah perjuangan atau usaha serta mujahadah yang kita lakukan dengan tujuan untuk mendatangkan sifat tersebut.

Tidak bererti sifat ini sentiasa kekal pada diri kita tanpa kita tidak sedikit pun berjuang untuk mendapatkannya. Walau pun pada peringkat permulaan penulis ada menyatakan bahawa setiap hamba Allah itu telah dibekalkannya dengan sifat sabar ini tetapi ianya sepertilah sebagaimana yang kita maklumi bahawa setiap hamba Allah di muka bumi ini Allah telah menyediakan atau menetapkan rezekinya masing-masingTetapi apakah rezeki itu datang secara bergolek sahaja kepada kita tanpa sedikit pun kita berusaha untuk mendapatkannya.

Begitulah juga dengan sifat -sifat baik yang kita utarakan ini.Sifat tawadhuk ,wara' ,ridha dan segala sifat mahmudah ini tidak akan tercapai oleh kita tanpa ada usaha yang sebenarnya dari kita.

2 - Ahwal:

Ahwal ini merupakan suatu perasaan yang timbul dengan sendirinya terhadap diri kita.Tidak kira samaada perasaan itu berbentuk gembira,bahagia,senang, sedih ,marah dan sebagainya.

Al Imam Al Habib Abdullah bin Alwi Al Haddad di dalam kitabnya telah membahagikan sifat sabar ini kepada empat bahagian.

1 - Sabar di dalam melaksanakan ketaatan sewaktu beribadat kepada Allah s.w.t.

2 - Sabar terhadap perkara-perkara maksiat

3 - Sabar terhadap perkara-perkara yang tidak diingini

4 - Sabar terhadap hawa nafsu

i ) Sabar di dalam melaksanakan ketaatan sewaktu beribadat kepada Allah s.w.t.

Untuk melahirkan sifat sabar yang sebenarnya terhadap perkara perkara ketaatan ini hendaklah setiap ketaatan yang kita datangkan itu disertai bersama dengan perasaan ihklas yang lahir di dalam hati kita.Kenapakah syarat ihklas ini diletakkan di peringkat permulaan lagi?Ini kerana untuk melahirkan perasaan ihklas ini bukan suatu perkara yang mudah dan senang.Ianya bukan boleh dibuat -buat begitu sahaja tanpa merasakan sesuatu yang benar-benar ihklas lahir dari lubuk hati kita.Maka inilah yang dinamakan ahwal.Bila mana kita telah mampu mendatangkan sifat ini dengan penuh usaha dari kita maka secara automatiknya kita telah mampu untuk meninggikan maqamat atau kedudukan kita di sisi Allah s.w.t. dalam perkara sabar ini.

Terkadang kita merasakan bahawa untuk melakukan sesuatu perkara taat merupakan suatu perkara yang senang sekali.Kita boleh sahaja menunaikan solat fardhu lima kali setiap hari,kita boleh saja berpuasa wajib di bulan Ramadhan secara keseluruhannya ,begitu juga dengan puasa -puasa sunat dan solat-solat sunat,kita bila-bila masa sahaja boleh memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan dari kita.

Tetapi apakah selama kita menunaikan ketaatan kita kepada Allah s.w.t.disertai juga dengan sifat ihklas tadi.Alangkah ruginya kita apabila setiap perkara taat yang kita usahakan pagi petang siang dan malam cuma semata-mata kerana makhluk Allah s.w.t sahaja tetapi bukan kerana yang Maha suci.Setiap solat yang kita tunaikan semata-mata ingin dilihat oleh orang lain dan ingin mendapatkan pujian dari mereka.Setiap puasa yang kita usahakan sepanjang hari,kita merasakan bahawa itu merupakan suatu perkara terpaksa bagi kita,bukan dengan kemahuan yang kita inginkan atau ingin menunjuk-nunjuk bahawa kitalah orang yang paling rajin menunaikan puasa sunat setiap minggu,demikian juga bantuan yang kita hulurkan kepada sesiapa sahaja semata-mata ingin mendapatkan imbalan atau balasan dari mereka tanpa kita sedikit pun menyandarkan kepada Allah s.w.t,apatah lagi hendak disertai dengan perasaan ikhlas.

Sekiranya segala sebab-sebab sebegini masih lagi meliputi di tubuh badan dan jiwa kita, setiap amal kebaikan yang kita lakukan sudah sekian banyak terjual dengan sifat sum'ah dan riak kita dan setiap perkara-perkara kebaikan yang sudah sekian lama kita kerjakan sudah terjual semuanya dengan segala sifat mazmumah dari kita maka kita sendiri boleh merasakan bahawa maqam sabar kita terhadap perkara-perkara taat di sisi Allah s.w.t. masih terlalu jauh lagi dari kita.Tetapi bila mana ianya dapat kita kawal dengan rapi ,setiap kebaikan dan ketaatan yang kita usahakan sentiasa dengan tawadhuk dan rendah diri kepada Allah s.w.t.,sentiasa kekal di hati kita untuk mendapatkan keredhaan dari Allah s.w.t. maka ketika itu kita di sisi Allah s.w.t.berada di maqam yang tinggi dan layak diberi title sebagai ?????? ????? justeru kerana kedudukan kita telah sampai ke tahap ????? ? ??????? .

Penulis rasa ada baiknya kalau kita mengimbas kembali bagaimana kedudukan atau maqam nabi s.a.w. dan para sahabat terdahulu dalam melaksanakan ketaatan mereka kepada Allah s.w.t.Bagaimana perasaan mereka setelah mana mereka mampu untuk menghadirkan diri ke masjid nabi walaupun mereka terpaksa menghadapi suasana yang sejuk serta panas namun mereka tetap tidak mahu untuk melepaskan peluang dan merebut pahala solat tahajjud dan qiamullail lainnya sehinggakan mereka merasakan begitu sedih dan sunyi apabila waktu solat tahajjud kian berakhir.Diceritakan dalam sejarah sampai-sampai ada dikalangan mereka menangis apabila waktu solat malam berakhir dan mereka tidak sempat untuk memakmurkannya.Mengapa perasaan seperti ini ada pada para sahabat nabi dan tidak sedikit pun tercurah ke dalam hati kita ?

Tidak lain dan tidak bukan ini adalah kerana kelazatan beribadat telah sebati dalam jiwa mereka.Ketaatan dan kesabaran mereka dalam melaksanakan ibadat sememangnya telah berada di kemuncak yang tertinggi di sisi Allah s.w.t.Kita lihat pula kepada seorang ahli feqih dan tasauf yang terkenal iaitu Imam Zakaria Al-Ansori,yang mana termaktub dalam sejarahnya,bahawa sepanjang hidup beliau dalam dunia ibadat,beliau tidak mahu sembahyang dengan cara duduk walaupun umur beliau menjangkau ratusan tahun dan ketuaannya terserlah.Sehinggakan ketika sembahyang badan beliau bergoyang ke sana ke mari namun beliau tetap tidak mahu duduk,walaupun di sana beliau telah diberi saranan oleh sahabat-sahabat dan juga

murid-muridnya agar beliau duduk sahaja ketika sembahyang kerana memandangkan tenaganya yang kian lemah.Apabila ditanya kepada beliau,mengapa tuan tetap juga mahu berdiri ketika sembahyang sedangkan tuan terlalu lemah untuk berdiri.Bagaimana dengan jawapan beliau. Beliau mengatakan bahawa yang menyebabkan saya untuk terus berdiri kerana nikmat dan kelazatan qiam ketika sembahyang itu adalah sesuatu yang sangat ternilai bagi saya.Cuba kita bayangkan,sedangkan di sana telah ada keringanan hukum yang telah diberikan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap orang yang tidak mampu berdiri ketika bersembahyang.Bagaimana dengan kita.Apakah sebab yang mendorong mereka untuk sampai ke tahap itu.

ii) Sabar terhadap perkara-perkara maksiat

Seterusnya marilah bersama-sama kita lihat bagaimana huraian terhadap pembahagian kedua iaitu sabar terhadap perkara-perkara maksiat.Apakah tindakan yang sewajarnya yang perlu kita lakukan bila mana kita berhadapan dengan perlakuan maksiat yang berlaku dihadapan mata kita.Pada hakikatnya untuk mendatangkan sifat sabar terhadap perkara maksiat ini lebih berat daripada kita mengelak diri dari mendatangkan sifat -sifat mazmumah dalam peribadatan kita kepada Allah s.w.t.

sebagaimana yang kita bincangkan pada bahagian pertama tadi.

Kalau kita lihat pada bahagian yang pertama tadi juga ia merupakan suatu perkara yang ringan untuk dilaksanakan bagi orang yang diberi kemudahan oleh Allah s.w.t. manakala ianya akan menjadi berat bagi orang yang tidak mendapatkan hidayah dan petunjuk daripada Allah s.w.t.Penulis mengatakan bahawa untuk sabar dalam perkara maksiat ini lebih berat daripada yang pertama kerana ianya memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh dan paksaan yang kuat untuk meninggalkannya.Sekiranya tanpa usaha dan paksaan dari kita sudah tentu perkara maksiat ini tidak akan lekang dari kita.Al Imam Al Habib Ibnu Alwi Al Haddad dalam pembicaraannya dalam masalah ini telah memberikan suatu peringatan kepada kita dengan sekeras-kerasnya supaya jangan sekali-kali kita cuba untuk mengingati atau mengimbas kembali segala sejarah buruk dan segala perlakuan maksiat yang telah kita lakukan sewaktu masa dahulu.Walaupun pada masa ini kita menganggap bahawa kita telah pun berada di dalam golongan orang-orang yang selalu mengingati Allah s.w.t.Tetapi jangan sekali-kali kita merasakan bahawa diri kita mampu untuk mengatasi segala maksiat yang berlaku terhadap diri kita dan di hadapan mata kita.Tidak bererti kita mampu untuk menghindarkan diri kita ,walaupun di dalam kepala kita terkumpul ayat-ayat Al-Quranul karim,terhimpun hadis-hadis nabi s.a.w.,termaktub di dalam benak kita segala ilmu yang telah kita timba semenjak dari tahun pertama pengajian kita di bumi Mesir ini sehinggalah ke hari ini.Ini kerana walaupun kita sekarang berada di maqam yang tertinggi tetapi sekali kita teringat sahaja terhadap keseronokan dosa dan keenakan maksiat yang telah kita lakukan suatu masa dahulu maka secara spontan perasaan tersebut akan terlintas di hati kita untuk kita kerjakan bagi kali kedua.Jelas sekali perkara ini amat berbahaya kepada kita sekiranya tidak ada paksaan dari kita untuk meninggalkan segala ingatan tersebut.Jadi seandainya kita mengingati segala dosa kesalahan kita yang telah silam itu akan membuat kita lebih menyesal dan insaf dengan sebenar-benarnya dan sekaligus akan meningkatkan kedudukan atau maqam kita kepada maqam taubah dan istighfar itu adalah suatu yang baik tetapi yang terlebih baik sekali ialah tidak mengingati sama sekali perkara-perkara hitam yang telah kita lakukan dahulu.Al Imam Al Habib Ibnu Alwi Al Haddad dalam kitabnya begitu kuat sekali menekankan perkara ini agar tidak mengingatinya kembali sehingga ia mengatakan bahawa lebih ringan masuk neraka daripada kita terjerumus kembali ke dunia maksiat akibat perbuatan kita terus-menerus membayangkan keindahan maksiat yang telah kita lakukan beberapa waktu dahulu.

iii ) Sabar terhadap perkara-perkara yang tidak diingini

Sabar dalam perkara -perkara yang tidak diingini atau dibenci terbahagi kepada dua bahagian:

1- sabar kita sewaktu ditimpa sebarang bencana atau malapetaka.

I.e. sabar ketika kita menerima sebarang bentuk malapetaka atau musibah yang bukan sebab daripada seseorang hamba atau makhluk Allah s.w.t tetapi ianya adalah terus dari Allah s.w.t umpamanya sakit ,hilang dan musnah harta kita akibat banjir yang melanda,ribut taufan yang memusnahkan segala-galanya dan sebagainya. Bagaimana perasaan kita sewaktu kita kehilangan seseorang yang amat kita sayangi,bagaimana perasaan kita sewaktu rumah yang kita tinggal dijilat api semuanya,bagaimana perasaan kita sewaktu kita sihat walafiat tiba-tiba Allah datangkan kepada kita suatu penyakit yang amat sukar untuk diubati.Sudah tentunya ketika berhadapan dengan perkara-perkara atau musibah sebegini kita akan mengeluh dan mengadu ke sana dan ke mari untuk menyatakan perasaan kita yang kita tanggung waktu itu.Ketika inilah ujian sebenar yang menimpa kita akan menentukan kita sama ada kita sabar atau tidak untukk menghadapinya .Bagi seseorang yang telah biasa dengan maqam sabar ini sudah tentunya mudah bagi dirinya untuk

menyandarkan bahawa ini merupakan suatu ujian Allah kepada dirinya sekaligus maqam al qada' dan qadar telah tersemai dalam dirinya walaupun pelbagai sebab telah tersedia ada di hadapannya sebagai suatu illah bagi peristiwa-peristiwa yang telah berlaku terhadap dirinya,namun kesemuanya itu tetap menjadi suatu perkara yang telah disandarkan kepada Allah s.w.t.Bagi seseorang yang sentiasa mengeluh dan terus mengadu ke sana dan ke mari seolah-olahnya ia tidak setuju dengan al qada' dan al qadar yang telah diturunkan kepadanya.Tetapi tidaklah semua keluhan yang kita luahkan itu merupakan ketidak setujuan kita terhadap musibah yang ditimpakan kepada kita contohnya lelehan air mata yang turun dari kelopak mata kita sewaktu ditimpa sebarang musibah atau kita menahan sebarang kesakitan dan sekaligus kita tidak mengadu ke sana dan ke mari itu tidaklah dinamakan kita tidak sabar terhadap ujian yang ditimpakan kepada kita atau dengan kata lain itu tidaklah bertentangan dengan maqam sabar yang kita bicarakan ini.Gambaran seperti ini jelas sekali tidak mengapa sebagaimana yang berlaku terhadap junjungan kita nabi besar Muhammad s.a.w. sewaktu kewafatan seorang anak lelaki kesayangan beliau iaitu yang bernama Ibrahim.

Di mana pada waktu itu beliau tidak lagi dapat menahan kesedihan sehingga mengalir air mata beliau,sebagaimana menurut maksud sabdanya : "Sesungguhnya dengan air mata yang menitis ,dengan hati yang berdukacita,sesungguhnya dengan kami sangat berdukacita sekali sewaktu kami berpisah dengan anda"

Itu adalah merupakan suatu keadaan ketika mana nabi melepaskan putera beliau yang bernama Ibrahim dengan lelehan air mata yang tidak dapat dibendung lagi kerana terlalu sedih , di mana setelah menerima asuhan dari nabi anak tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir.

2 comments:

air kosong said...

yeZAa..saBAr itu cukup indah..sabar itu mengajar kita untuk senyum...ALHAMDULILAH...SAYA dah baca solusi yang tue...thnkS kCC

sirAh said...

sabar itu indah,...like..^_^

KEDAH STEM FAIR 2023