Wednesday, July 13, 2011

TARIAN KECERDASAN

HOLaaaaaaaaaaaaaaaaa….

9july lepas cikgu bawa stdnt ke pertandingn tarian kecerdasan 1malaysia anjuran pejabat kesihatan,putrajaya. meriah jugak!! hehe dapat makan,dapat sijil,n dapat sihatkan badan

Dapat no 3.TAHNIAH GUYS!!!!!!!! Alaaaaaaa ok aper ada jugk tempat tuk kita..dapt sijil dapat cash n fresh fruits..latihan 3 hr je tu pn skali latihan xsmpai 2hours..tahniah tahniah buat syazmeer,aliff,amsyar,azli,norman,izhan,reza,kimi, n aizat!!!! Tahniah juga buat cikgu zunita sma sama mengkoreografer stdnt stndt smkpp11(2)


Sebelum pertandingan bermula kita jom sorakkkkkkkkkkkk!!

Smkpp11(2) BOLEH!!!!!!!!

Kami team pertama dalam pertandingan nih!!! Jom tgk aksi aksi 8teruna dalam tarian kecerdasan 1malaysia. Mula dgn Chinese song~india~melayu(zapin)


Ready for jaiho!!!!!! Pola lantai dah bertukar

Yeahhhhhhhhhhhh!!zapin dah muncul!! Congrate guys korang wat terbaekkkkkkkkkkkk!! Nnti cikgu tambah step lagi k.kita belajar zapin lain pulak!!!

Tudiaaaaaaaaaaaaaaa…boley pun!!! Tahniah:~

Ending yang menarik..tugu tuh!!!!!!!!!!!

Sekiannnn..terima kasih!!!

Tq puan abidah, PK smKpp11(2) coz sudi datang member sokongan kepd team smkpp11(2)



Yehaaaaaaaaaaaa!!! Tahniah guys dapat no 3!! Tahun depan kita cuba lagi…we knw we can make it!!!!!!!!!

ChoreographerJ cikgu kc n cikgu zunita

All da best for PMR!!!!

Lepas dapt hadiah kami lepak Pusat kejiranan (pk), makan minum n lepak lepak. Makan buah yg sebakul itu. Bagus gak dari dpt hamper baik dpt fresh fruits.jom makan!!!!!!!!!


Amsyar..mamat blur nih..haha tp terror computer..wat montaj dia lerrr orgnyeeeeeee

Nilaaa hamper buah buahan yg kmi dapat…sedap ooooooooo mkn buah buahan ni!!

Bro..xyah seyes sgt!!! Hehehe mkn mkn mknJsyazmeer

Azli..epy sokmo!! Dr kelate nih……..


Huh juicy!!!!!!!!!!! Vitamin c

Monocrom:~pic ni dr diorg ni dok godek godek mydslr.ala2 mini bengkel dslr.xpe t kita bljar lagi k. cngrate once again!!!! Nnti kita menari kontemp pulok k!!

amalkan cara hidup yang sihat

tips awek muda dr cikgu:

jgn minum ice

jogging or bersukan

Kurangkan manis dalam minuman

Senyum selalu

innershine

...................................

Monday, July 11, 2011

ISRAK MIKRAJ


SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ
SMKPUTRAJAYA PRESINT 11(2) DAN SMK AGAMA PUTRAJAYA
SURAU ALFURQAN

KELEBIHAN BULAN REJAB

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.


Kelebihan bulan Sya`ban.

(Dari Kitab Kelebihan Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Ustaz Budiman Radhi)

1. Sabda Nabi s.a.w bermaksud: Apabila masuk bulan sya`ban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan sya`ban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.(Al-hadis)

2. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan sya`ban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka . Dia akan menjadi teman nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala nabi Allah Ayob a.s dan nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan sya`ban, dimudahkan Allah atasnya sakratul maut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huruhara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari Qiamat, dan diwajibkan Syurga baginya.(Al-hadis)

3. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan sya`ban dan akhir khamis daripada sya`ban, dimasukkan dia ke dalam Syurga. (Al-hadis dari kitab Al barkah).

4. Berkata Siti A`isyah r.a.h, bulan yang lebih dikasihi oleh Rasullullah s.a.w ialah bulan Sya`ban.

5. Sabda Nabi s.a.w: Sya`ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya`ban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).(Al-Hadis).

6. Sabda Nabi s.a.w : Bahawa puasa Sya`ban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya`ban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya. Antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah ta`ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat. (Al-Hadis).

7. Sabda Rasullullah s.a.w: Dinamakan Sya`ban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Sya`ban.(Al-hadis).

8. Sabda Nabi s.a.w: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan -bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran ke atas segala Qalam. Kelebihan Sya`ban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan atas segala ambia(nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas segala makhluknya. (Al-hadis)

9. Bulan Sya`ban, keagungan malamnya dengan malam nisfu Sya`ban, sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, dan keagungan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya`ban telah datang Jibril kepada Rasul s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.(Al-hadis)

10. Sabda Nabi s.a.w: Allah menilik kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Sya`ban maka diampunkan dosa segala makhluknya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya.(Al-hadis)

11. Sabdanya lagi: Apabila pada malam Nisfu Sya`ban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadah, dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala` Aku a`fiatkannya. Adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh. (Al-hadis)

12. Tersebut dalam kitab Al-berkat: Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan di laut berpuasa mereka pada hari nisfu Sya`ban.

13. Tersebut di dalam kitab: Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Sya`ban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasullullah s.a.w kali keduanya, katanya: Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah ta`ala telah mengampunkan segala umatmu orang yang tiada menyekutukan-Nya sesuatu. Angkatkan kepalamu, lalu Rasullullah s.a.w pun mengankatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga. Dalam riwayat yang lain pula menyatakan terbuka segala pintu langit. Pada pintu langit pertama malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang rukuk pada malan ini. Pada pintu langit yang kedua, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini. Pada langit yang ketiga, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang minta doa pada malam ini. Pada pintu langit keempat, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir pada malam ini. Pada pintu langit kelima, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang menangis takutkan Allah subhanahuwa ta`ala pada malam ini. Pada pintu langit keenam, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini. Dan pada pintu langit yang ketujuh, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang meminta, maka dikurniakan permintaannya itu, dan pada pintu langit yang kelapan malaikat menyeru: Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya. Bertanya aku kepada Jibril, sampai bilakah terbukanya semua pintu ini (diterima doa), Jibril menjawab: Sehingga naik fajar subuh. Dan katanya lagi: Pada malam ini dimerdekakan hamba-Nya yang mukmin lelaki perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing bani kalab (bani kalab diantara orang-orang arab yang paling banyak memelihara kambing). Dalam satu riwayat yang lain pula bahawa Allah memerdekakan hamba-Nya daripada neraka sebanyak bintang-bintang dilangit dan sebanyak hari dunia dan malamnya. Pada malam inilah dihantarkan Allah akan jibril ke Syurga untuk menghiasi syurga.

14. Barangsiapa membaca,

(Tiada tuhan melainkan Allah, tiada kami sembah melainkan Dia, dengan ikhlas lagi teguh atas dasar agama (tauhid) walaupun dibenci oleh orang-orang kafir)

ditulis Allah baginya ibadat seribu tahun, dan dihapuskan daripadanya dosa seribu tahun, dan keluarnya dari kubur, mukanya seperti bulan purnama dan ditulis pada Allah taa`la orang benar siddiq (orang yang benar).

15. Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam nisfu sya`ban enam orang;

1) Orang yang kekal minum arak

2) Orang yang durhaka kepada ibubapa

3) Orang yang kekal dalam zina

4) Orang yang banyak berkelahi

5) Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang dusta

6) Orang yang memperlakukan orang supaya kelahi (Al-hadis).

16. Riwayat daripada Usman, sabda baginda Rasullullah s.a.w: Pada malam nisfu Sya`ban setelah berlaku 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman: Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaannya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka Aku taubatkan akannya, dan diampunkan bagi sekalian orang mukmin lelaki perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. (Al-hadis)

17. Sabda Nabi s.a.w: Ya A`isyah! Adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini? Jawab A`isyah: Ya, aku izinkan lalu nabi pun bersembahyanglah sepanjang malam nisfu Sya`ban itu, beliau sujud terlalu lama masanya, sehingga aku sangka beliau telah diambil ruhnya (mati), lalu aku tutupkannya dengan kain, aku letakkan tanganku di atas dua tapak kakinya. Maka bergerak ia, gembiralah aku kerana beliau masih bernafas lagi, dan aku dengar beliau membaca di dalam sujudnya:

(Aku berlindung dengan kemaafan Engkau daripada siksa Engkau, dan aku berlindung dengan keredhaan Engkau daripada kehinaan Engkau, dan aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan yang datang daripada Engkau, aku tiada terhingga memuji Engkau sepertimana Engkau memuji diri Engkau). Nabi menyuruh A`isyah mengamalkan doa ini dalan sujud. (Al-hadis)

18. Sesiapa sembahyang pada malam nisfu Sya`ban daripada umat Muhammad s.a.w terlebih afdal daripada ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberi tahu kepada nabi Isa a.s lalu Isa a.s pun berdoa kepada tuhan: "Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w".

(Nabi Isa akan diturunkan di akhir zaman untuk menegakkan syiarkan Islam menentang orang musyrikin, insyaallah).

19. Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadah (berbuat amal kebajikan), iaitu malam Nisfu Sya`ban, malam Aidil Fitri pertama, malam Aidil Adha pertama, dan malam Arafah. Disambungkan malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya malam rahmat dan merdeka daripada api neraka. Sesiapa sepanjang malam Ramadhan atau sepanjang sepuluh yang terakhir daripada Ramadhan umat Muhammad s.a.w berlumba-lumba dalam ibadah dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat mustajab doa pada hari jumaat. Demikian pula disambungkan Asma Allah Al Azdhim (nama Allah yang teragung) di dalam Asmaul Husna yang amat mustajabkan doa padanya.

Amalan pada malam Nisfu Sya`ban.

Apabila telah selesai sembahyang Maghrib, hendaklah bi baca surah "Yaa Sinn" dengan niatkan mohon panjangkan umur dalam mentaati Allah, kemudian dibaca doa-doanya. Kemudian dibacakan surah "Yaa Sinn" pula kali keduanya dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkati-Nya, kemudian lalu dibacakan doa-doanya. Kemudian dibacakan surah "Yaa Sinn" kali ketiganya pula serta diniatkan minta ditetapkan iman dan mati dalam iman, kemudian dibacakan doa-doanya.

Sunday, July 10, 2011

just RETIRED!!



SELAMAT BERSARA DATIN ZAINON BT ZAINODIN, PENGETUA SMK PUTRAJAYA PRESINT 11(2)

TEAM PANDU PUTERI FRM SMKPP11(2)



TQ N SELAMAT MAJU JAYA DATIN


SAYONARA



CIKGU CIKGU PELATIH BAGI UCAPAN TUK DATIN

LUNCH TIME..TQ DATIN BELANJA CIKGU CIKGU MAKAN

JOM MAKAN

CIKGU SEMPOI..CIKGU SURAYA N CIKGU ZUNITA

OPENING !!! WE R CIKGU CIKGU WAT SHOW TUK DATIN
LAMA KOTT TAK WAT SHOW
BEST!!HEHE

TUDIAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA



THAT ALL FRM KAMI CIKGU SMKPP11(2)
SELAMAT BERSARA
SELAMAT MAJU JAYA

Monday, July 4, 2011

INNALILLAH....................

E.N.A.M J.U.L.A.I...................
genap setahun myloved abah pergi..............
kejap je masa berlalu.......macam tak percaya....tp mati itu pasti cuma lambat dan cepat shj............abah......i miss u so much....6julai2010, masa tu i baru je balik dari BALI,indonesia. pergi mewakili pelajar minor seni tari Upsi untuk pesta kebudayaan disana. kami pergi seramai 6orang mahasiswa..kc,niko,step,audrey,mariati n iwan. masa nk pegi mungkin Allah dh nk test aku. byangkn kami semua dh resdy d Lcct. masa nk chck in. my pasprt expired!!! i mean dh over due cz kalu nkg Indon sector kenalaa due pasport 6bulan bfre departure date. urmmmmmmmmmm xcited nk chck in, akak yg nk chck in ckp, sorry u xley flght hr ni?? wttt?? kalu nk g BALi juga kenalaa g renew psprt 1st..urmmm so nk wat cmner..diorg pun terbanglaaa dulu ke bali..urmmm mungkin petanda i xperlu pg ke BAli..nasib baik aku agak familiar dgn airport ni.so call my fren yg dok area sepang. alhmdulilah ada respon dr kwn tuh.so esok pagi pagi lagi dh g kajang imigresen wat pspt. lepas siap segalanya teruslaa ke lcct semula n terbang keseorgn ke BALI.ur................ alhmdulah slamt smpai.so 4days d BAli. 4July 2010:~ return flght frm Bali to KUL..
actually masa smpai KL mmg xcited nk terus balik BALINg,kedah mylovely hmtwn. plannya smpai lcct tu around 11pm..so aku nk lepk smpai sok pg then trus nk amik penang flght balik kg.tp tp plan nk balik tu canx..so balik laaa tg malim dulu.. urmmm penat pun penat gak ....
esoknya mmg tido jer..bngun dh lapar so kuar laa p kedai makan depan kmpus with my hsmate NAKi..kami kuar nek keta Zoul.. lepas mkn balik koolej semula.then ONline lerr cz smngt nk upload pic ke BAli dlm facebok..around 6 lebih.............
tut tut tuttttttttttt mak telefon........urmmmmmmmmmmmm mak ckp, abah....abah...abah..........................................................................................:( so sblm mak abih ckp, aku dh menggeletar satu bdn..phne terjatuh............mcm tak percaya langsung...kata abah dah tak der...terus sayuuuuuuuuuuuuuuuuu then aku call kak aida kakak sulung aku....kak eda, betoi ka abah dh xda????????????kak pun ckp mak baru je call ckp mcm tulaa..km mcam xpercaya abah dah pergi wat selamanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...:(((((((((((((((((((((((
dh dapat tau aku terus call fmly terdekat yg lain...lectrer,kwan2 bgtau my love abah dah kembali kerahmatullah...terima kasih nk ucapkan kpd en zoul, mariati n iwan lectrer yg antr i balik ke BAling ptg hr abah tiada tu...mereka ni pun g Bali sma jugak...so smpai ja baling org dh ramai kat umah..memng sah abah dah tiada.............................abah..............i love u so much...semoga abah aman d sana...............alfatehah...........semoga abah tenang d sana..uni sentiasa doakan abah......
alfatehah jugak buat syafiq kawan isha yg bru je pergi meninggalkan kita..alfatehah buat syafiq
SETAHUN MASA BERLALU
28-01-1939~06-07-2010

ini meja cikgu kc..sowiee semak sket..bzzz ooo jd cikgu nih..but i like..senyum:)

i love KH...hehe of courselaa my major course..sepah dok wat lesson plan kak non oiii

tu sudut hadiah hadiah peminat..hehehe no lah adiah dr stdnt masa hari guru hr tu..kalu nk adiah jd lah cikgu macam saye....

pandangan hadapan meje cikgu kc.
so minngu cikgu kena koreograf stdnt pertandingan TARIAN KECERDASAN 1Malaysia anjran pejbt kesihatan putrjaya.so nama pun Tarian,cikgu kc ler kena koreograf kan.so u think u can dance!!! jom saksikan sbtu ini. anak-anak smkpp11(2),
kita kasi gempak putrajya sabtu ini okeh...:)

Friday, July 1, 2011

LARIAN 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA







pendaftaran murid sebelum larian dimulakan

acara memanaskan badan dahulu sebelum berlepas

tarik nafasssssssssssss

kegarisan sedia...........mula...
perlepasan oleh YDP PIBG smkpp11(2)



cikgu cikgu vouge !!!

Align Center akhirnya berjaya sampai ke garisan penamat!!!
tahniah cikgu husni


PUTRAJAYA – Kira-kira tiga juta pelajar dan guru sekolah bakal menyertai satu pertandingan larian yang akan dilakukan secara serentak diseluruh negara pada 2 Julai ini bersempena pelancaran Dasar 1Murid 1Sukan.

Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia itu antara lain bertujuan memupuk budaya sukan di kalangan peljar sekolah serta mempertingkatkan kesedaran masyarakat terhadap penyertaan murid dalam aktiviti sukan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata, Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia diharap mencipta rekod The Malaysia Book of Records bagi kategori penyertaan terbesar pelajar sekolah dalam acara larian.

“Larian akan bermula pada masa yang sama di sekolah atau lokasi yang ditetapkan Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyertai larian peringkat kebangsaan di Taiping,” katanya di sini hari ini.


esok semua sekolah kat MALAYSIA ini akan lari serentak. aku jugak turut terlibat sbb CIKGU..CIKGU CIKGU pun kena lari jugak. tema cikgu SMK putrajaya presint 11(2), MERAH ok. selamat berlari yerk anak anak SMKPP11(2) esok :)

KEDAH STEM FAIR 2023