Friday, February 24, 2017

CABARAN 2017: SARANA IBU BAPA VOL 2 & PENETAPAN TARGET PT3 2017 SMK BELADIN

Assalamualaikum dan salam menjulang pendidikan Sarawak
salam menjulang Pendidikan SMK Beladin.
Majlis Sarana Ibu Bapa vol 2/2017 SMKB telah selesai dengan jayanya
Para ibu bapa dan penjaga mula memenuhi Dewan Serbaguna SMK Beladin bermula jam 730 pagi.

En Abg Jamali ,Guru Kanan Sains dan Matematik dan Puan Yaslinda ,GK Kemanusiaan selaku penyambut tetamu pada majlis ini serta beberapa org guru yang dtugaskan 


Barisan guru yang ditugaskan sebagai AJK pendaftaran

pada jam 8.15 pagi pelajar pelajar tingkatan 3 iaitu calon PT3 berbaris memasuki Dewan



calon calon PT3 2017

Majlis bermula pada jam 8.30 pagi dengan Nyanyian Lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku

En Abang Mansor b Abang Sebli,Pengetua SMKB dan En Omar Sharif ,PK 1 SMKB

Barisan ibu bapa dan waris yang hadir memberi sokongan sempena majlis sarana ibu bapa dan penetapan target PT3 2017


Agensi luar ,Klinik Kesihatan Beladin juga di jemput untuk pemeriksaan Kesihatan percuma

Tuan Pengetua menyampaikan ucapan dan taklimat berkaitan TOV ETR pencapaian pelajar pelajar tingkatan 3 2017. Beliau juga meminta para ibu bapa memberi sokongan dan kerjasama untuk sama sama memantau dan memberi sokongan pendidikan kepada anak anak demi meningkatkan pencapaian yang lebih cemerlang



pelajar pelajar memberi perhatian ucapan oleh Tuan Pengetua


Majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh PK 1. Beliau juga menasihatkan pelajar pelajar supaya belajar bersungguh -sungguh dan menghormati guru-guru semasa proses pembelajaran dan pengajaran. En Omar juga berharap para ibu bapa mengambil tahu tentang pencapaian akademik anak anak di rumah

barisan AJK yang membantu para guru sepanjang majlis berlangsung

Seterusnya, ucapan oleh En Talib b Sulaiman selaku PK Hal Ehwal Murid. Beliau juga menasihat pelajar pelajar supaya menjaga disiplin walau dimana juga berada. Buat ibu bapa juga ,dinasihatkan supaya mengambil tahu pergerakan anak anak di rumah. Peranan ibu bapa dan guru sangat penting bagi sama sama memberi teguran kepada anak anak supaya menjadi seorang pelajar yang berjaya.

Sebelum majlis berakhir, sesi Ikrar Akur Janji di lafazkan oleh semua pelajar pelajar Tingkatan 3



Aidil Zulkarnain sebagai wakil mengepalai Bacaan Ikrar Akur Janji PT3 2017

GK Kemanusian , Puan Yaslinda turut memberikan ucapan ringkas berkaitan Penetapan target PT3 2017.

para pelajar menurunkan tandatangan disaksikan oleh para ibu bapa masing masing


pelajar dan ibu bapa sama sama menandatangi borang penetapan target PT3


Semoga majlis Sarana ini akan dapat sama sama membantu mempertingkatkan kecemerlangan pelajar pelajar bukan hanya dari segi akademik sahaja malahan juga sahsiah dan disiplin pelajar. Kami barisan guru sangat berharap kerjasama dan pandangan ibu bapa untuk sama sama berkongsi idea dan pendapat bagi membantu pihak sekolah sama sama menerajui kecemerlangan pelajar pelajar. Cikgu sentiasa mendoakan kejayaan anak anak didik. Semoga kalian beroleh kejayaan dunia dan akhirat
All the best PT3 2017~SMK Beladin BOLEH!! we know we can do it!!!

No comments:

KEDAH STEM FAIR 2023