Friday, June 3, 2011

Anuar Zain Terima Anugerah Daripada Oxford, Tahniah!!!

Anuar Zain Terima Anugerah Daripada Oxford, Tahniah!!

Penyanyi Sedetik Lebih pujaan ramai, Anuar Zain akan menerima anugerah khas daripada Oxford Center For Leadership (OXCEL) pada Majlis Anugerah Oxford sempena pembabitan cemerlangnya dalam bidang muzik selama 28 tahun, pada 6 Jun ini di London.

Anuar Zain ternyata gembira dengan penganugerahan tersebut dan menyifatkannya sebagai pengiktirafan tertinggi yang pernah dia peroleh. Menurut Anuar Zain, pihak OXCEL telah menghantar surat penganugerahan tersebut sejak sebulan lalu dan dia tidak menyangka bahawa ada pihak luar yang mengkaji mengenai kerjaya seninya semenjak kecil hingga sekarang.

Anuar Zain akan berada di kota London bersama pihak pengurusan bagi acara rasmi selama 2 hari yang telah diaturkan oleh pihak berkenaan.

Kini Anuar Zain berdiri sama taraf dengan Yusry KRU yang pernah menerima anugerah daripada pihak OXCEL iaitu Anugerah Kreativiti Muda, 4 tahun lalu


Tahniah buat anuar zain!!! Bangga harumkan nama negaraJ


1 comment:

sirAh said...
This comment has been removed by the author.