Wednesday, April 26, 2017

CABARAN 2017: KEJUTAN P&P ABAD KE 21,SMKBELADIN

Salam intelektual dan salam pendidikan abad ke 21

Dalam pada untuk kita bersaing dalam kemajuan dunia, maka sektor pendidikan haruslah seimbang dengan perkembangan abad ke 21. Kemajuan teknologi dan juga keupayaan pelajar harus digunakan dengan sebaik mungkin bagi mengoptimumkan penghasilan kemenjadian murid yang tinggi dalam kalangan pelajar Malaysia. Berikut adalah 10 ciri pembelajaran abad ke 21 yang boleh dimanfaatkan.
Ciri pembelajaran abad ke 21
Mata pelajaran: Kemahiran Hidup Bersepadu
Tajuk: Landskap (pertanian)
Tingkatan : 3 Cekal ,SMK Beladin
Sesi pdp macam biasa dimulakan dgn set induksi
Set induksi di mulakan dengan guru mempamerkan beberapa contoh landskap yang terdapat di sekitar Putrajaya. Tayangan gambarajah menggunakan ipad , guru beredar dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain di dalam bilik darjah.
setiap pelajar akan memberikan satu pandangan atau pendapat tentang gambarajah yang di pamerkan

Guru mengaitkan idea yang di sampaikan oleh semua pelajar dengan topik pembelajaran iaitu Landskap.Topik yang di fokuskan ialah maksud landskap, kepentingan landskap dan Jenis tanaman Landskap


guru memberi penerangan tentang maksud landskap dan kepentingan landskap


1. Berpusatkan pelajar
- pelajar berperanan penting, guru sebagai pembimbing
- meletakkan minat pelajar sebagai keutamaan

pelajar di beri tugasan kumpulan iaitu menyenaraikan jenis tanaman landskap,ciri tanaman dan contoh pokok pokok mengikut jenis tanaman



2. Saling hormat menghormati
- perlu hormat menghormati antara guru dan pelajar
- guru perlu menggalakan pelajar berucap dengan yakin dan menghargai pendapat mereka
- pelajar perlu belajar bekerjasama dan menghormati rakan sekelas




3. Pembelajaran aktif
- penglibatn yang lebih aktif sama  ada dengan perbincangan bersama rakan, atau pun penggunaan komputer


4. Pelajar faham dan mematuhi arahan
- pemebelajaran dirancang dengan teliti dan tersusun
- peraturan kelas, prosedur dan notis ditampal di ruang khas bagi memudahkan pelajar sentiasa berada dalam landasan yang betul

5. Persekitaran yang kondusif
- tidak terlalu sesak
- peralatan mengajar yang asas seperti papan putih interaktif dan lcd projektor

6. Penggunaan komputer
- alat penting untuk kelas abad ke 21
- sangat membantu dalam pdp

7. Pembelajaran kendiri
- kelas masih boleh berfungsi dengan pelabagai aras pembelajaran


8. Pelajar bertanggungjawab terhadap pelajaran mereka
- sekiranya pelajar digalakkan untuk terlibat aktif dalam pembelajaran, maka mereka akan lebih bertanggungjawab dengan pembelajaran mereka



9. Penilaian berasaskan pencapaian
- guru sentiasa menjalankan penilaian dengan pelbagai kaedah tanpa terikat dengan sesuatu bentuk ujian sahaja
setiap kumpulan akan membuat perbentangan tentang hasil tugasan yang di berikan


10. Pembelajaran kolaboratif

- pembelajaran secara berkolaborasi merupakan kaedah paling berkesan dalam pembelajaran
 Tuan Pengetua, En Abg Mansor b Abang Sebeli

En Omar Sharif,  PK kanan Pentadbiran

 Puan Dara, GK Teknik dan Vokasional bersama pengetua

En Abg Jamali b Abg Tar ,GK Sains Matematik

Terima kasih kepada Tuan Pengetua, PK Pentadbiran, GK Teknik Vokasional, GK Sains Matematik, GK Kemanusiaan dan Juruteknik Komputer(CameraMan) kerana buat kejutan untuk masuk ke kelas Cikgu Husni pada 26april 2017 9.30-10.30 pagi
Buah cempedak diluar pagar, 
Ambil galah tolong jolokan,
Saya budak baru belajar,
kalau salah tolong ajarkan




Tq Puan Noor ,Juruteknik Komputer yang sudi share video dan gambar
..............
"learning is fun"
KHB is awesome
insyallah semoga pelajar pelajar pada abad ke 21 ini dapat memperolehi apa yang di sampaikan oleh guru guru. Buat semua warga pendidik we do the best for them!
assalamualaikum dan salam menjulang pendidikan 



No comments: